Rakaman sewaktu di perpustakaan negara
Setelah selesai kuliah aku ke kedai fotostat bagi mencari buku2 yang boleh difotostat. Dapatlah sebuah dua buku. Agak malang sewaktu nak bertolak kereta aku meragam pulak. Nasib baik ada rakan baru yang tinggal di Tanjung Malim juga dan dia ada mekanik kereta yang selalu dia hantar kereta untuk dibaiki atau diservis. Apabila mekanik datang dan setelah diperhati, berlaku masalah kepada 'fuel-pump'. Diketuk2 dan diusik2 dan akhirnya kereta aku berjaya dihidupkan. Menurut mekanik tersebut, kos untuk tukar atau ganti adalah lebih kurang RM580 (dulu hampir RM700). Aku kata, aku tukar di pusat servis proton ajelah nanti bila dah sampai ke rumah. Nasib baik bayarannya tak mahal.
Aku sampai di KL hampir jam 2.00 petang dan terus ke perpustakaan bagi mencari bahan dan menelaah sedikit sebanyak serta untuk menyiapkan tugasan. Oleh kerana hari ini Sabtu, maka agak ramai orang yang datang ke sini. Rasanya dah lenguh mata, otak dan badan. Apa lagi, layanlah internet sebentar. Aku sekarang memang dalam waktu kritikal dan aku rasa aku akan mengambil cuti 3 hari mulai Selasa bagi menyiapkan tugasan aku ni. Yang baru dapat dah semakin bertambah. Sesak juga nafas dibuatnya. Beginilah suasana belajar secara part-time.
Trip ke Da Nang, Vietnam
7 months ago
2 komen:
nak dpt sagu kena pecahkan ruyungnya. begitulah adat org belajar. sampan dah di air dan dayung di tgn maka dayung jelah walau bagaimana sekalipun btk arus yg dtg.
periksa juga tekanan darah tu. takut2 tak sedar tekanan darah tu meningkat lagi.
aku nampak kau online di YM smlm ptg faris, aku malas ler nak kacau sbb kau tulis kau di perpustakaan. Banyak2 ler bersabar dan bertenang, mudah2an semua urusan belajar kau dpt dibereskan dan jgn lupa jaga kesihatan!
Post a Comment