Sunday, August 2, 2009

Lawatan Delegasi Korea Selatan

Minggu ini merupakan minggu yang agak sibuk bagi diri aku. Bermula dengan esok iaitu majlis pelancaran program Nilam Sedaerah, Rabu terima lawatan dari delegasi Korea Selatan bersama KPM, JPN dan PPD, menyiapkan dua assignment yang perlu disiapkan sebelum Jumaat dan akhir sekali rancangan hujung minggu untuk ke Kuantan bagi menziarahi anak sulong yang berada di UIAM Kuantan. Aku terpaksa bertungkus lumus menyelesaikan semua perkara ini. Pengurusan masa adalah amat penting dan kritikal minggu ini. Semoga aku diberi laluan yang mudah bagi menyelesaikan semua perkara ini.

2 komen:

ko tu tak penah yg tak sibuk faris, manjang sibuk jer.....tgh tido pun ko msh menyibuk kan? hahaha....

Cop,
Dah memang betul aku sibuk, nak buat macam mana. Tengah tidur lagi makin sibuk. He he he...
Ko tu Cop, memang sepanjang masa menyibuk aje. Tak pernah lekang dari blog tu dan YM. Tapi, cian kau ye kena pakai laptop lama. Padan muka ko.... kah kah kah...