Esok aku akan ke Kuantan bagi menghantar anak aku yang tamat cuti H1N1. Terpaksalah ambil cuti bagi menguruskannya. Dah alang2 cuti, aku lanjutkan cuti aku sampai Jumaat bagi memudahkan aku bergerak ke Tg Malim pula dan sekurang2nya aku mempunyai sedikit masa untuk menyiapkan assignment yang akan dibentangkan pada hari Jumaat malam nanti yang terpaksa aku pulun kerana salah seorang ahli kumpulan tidak hadir kerana menghadiri konvo di UNIMAS. Bab menggoreng dalam pembentangan ni tak menjadi masalah tetapi bab menyiapkannya ada sedikit masalah.
Bagi merehatkan diri, aku harap anak aku akan memandu ke arah Kuantan dan aku akan memandu pulang dan inilah masa untuk melatih anak aku memandu dalam jarak yang jauh. Semoga perjalanan aku esok selamat pergi dan kembali.
Trip ke Da Nang, Vietnam
7 months ago
6 komen:
singgah rmh aku ambil rambutan. rmh kau di tmn tek tu bkn ada pkk buah.
eloklah kau bagi peluang pd anak kau tu bw kete. latihan utk dia. tp kau tak boleh tidur le. sbb kena bg tip2 tertentu.
aku pun masa htr ank ke jb hr tu. aku paksa dia bw van. dpt lesen bkn bererti dia dah teror. ada byk benda dia kena bljr. 2 kali aku jerkah. nak melanggar blkg lori dan pembahagi jln.
MPMN,
TK diatas tips tu. Memang kita kena latih anak2 kita ni. Tentang buah rambutan tu, aku rasa aku tak lalu rumah kau. Aku akan ikut Bandar Sri Jempul, Muadzam Shah dan terus ke Kuantan.
eloklah bagi latihan kpd anak.saya dulu umur 18 dah ambik lesen dan mula bawa keta kena paksa dek arwah ayah. Kalau zaman rasulullah dia suruh ajar anak menunggang kuda.. zaman sekarang kereta lah sesuainya.
faris jangan lupa yang kita sembang tu...kalau kau sempat ahad ni, lagi best...kalau tak tak per...takes ur time....
Rosnah,
Saya dulu umur 14 tahun dah bawa kereta (tapi ayah di sebelah) dari Rompin hingga sampai Pekan.
Anak saya lepas SPM dh ada lesen. Jalan jauh tak mahir lagi. Dalam bandar dah kira OK. Sewaktu dalam perjalanan ke Kuantan tadi di LPT (berhampiran Lanchang), dah terbabas dan tergesel pembahagi jalan. Alhamdulillah tak jadi bahaya dan bahagian tepi kereta sebelah kanan dah teruk bergesel. Lepas ni kena pergi hantar bengkellah pulak gayanya. Dia mengantuk sedikit kerana ketika itu pukul 12 tgh hari dan ditambah silau matahari. Lepas tu saya terus take over.
Usof,
Insya-Allah apa yang kita bincangkan akan aku survey nanti di Low Yatt. Dah ada nanti aku emailkan kepada kau specnya. TQ.
Post a Comment