Aku dan mereka yang menerima tauliah hari ini meliputi seramai hampir 120 orang. Pentauliahan disampaikan oleh Pengarah Pelajaran Selangor. Sepatutnya pentauliahan ini aku terima pada tahun 2007 tetapi ketika itu berada di UPSI. Oleh itu masuklah dalam kategori pentauliahan kali kedua ini.
Segala usaha aku untuk menyiapkan tugasan tergendala sebentar. Petang ini nak sambung semula. Esok pagi tergendala semula disebabkan majlis pelancaran sambutan bulan kemerdekaan peringkat daerah. Agak2nya boleh ke aku siapkan sebelum hari Jumaat ni? Cuba dan terus mencuba.
Trip ke Da Nang, Vietnam
7 months ago
6 komen:
Adakah kau bangga dgn pangkat yg kau sandang tersebut. Bukan apa. Minggu baru ni, biras aku yg bertugas di bukit aman telah datang ke rmh. Dia baru sahaja balik dari Ipoh selepas menerima anugerah sayap. Sayap hanya boleh dipakai setelah lulus membuat penerjunan payung sebanyak 6 kali. Terlalu byk cabaran yg dilaluinya utk mendpatkan sayap tersebut. Oleh itu apb sayap itu disematkan di dadanya, dia rasa sangat bangga memakainya.
Tapi kita di KPM hanya dianugerah dgn mudah tanpa melalui kepayahan dan kerana itu aku rasa kita tak rasa apa2 pun (proud) apb pakai pangkat tersebut.
Bayangkan biras aku tu berpangkat tinggi dan dia dilatih oleh org berpangkat rendah dan dia ikut sebarang arahan wp dihukum mcm2.
Aku rasa kita di pendidikan ni pun patut tiru mcm tu. Ada siri2 latihan yg perlu kita ikuti baru layak pangkat tu kita sandang. Ni pegang m16 pun tak tahu. Macam mana?
faris, sekali aku pandang mcm tentera dr republik China la....hahaha jgn marah faris!
hensem la kau!
MPMN,
Kita kena faham istilah. Istilah yang digunapakai ialah kepimpinan pengurusan. Itu bermakna ia adalah atas kapasiti jawatan kita sebagai guru besar. Kalau tak ada jawatan GB tu, buanglah semua pangkat2 tu. Bagi pemimpin TKRS sebenar, mereka memang diberi latihan dan ditauliahkan dan mereka boleh memakai pangkat tersebut sehingga bila2 masa pun.
Sebenarnya kita kena bangga dengan identiti dan jati diri kita. Contohnya apabila anak kita tidak mengaku bahawa dia adalah anak kita yang lahir dari benih ibu dan ayahnya. Dia tak tahu dia dilahirkan dan tiba2 aje dia dilahirkan walaupun tidak diminta dilahirkan. Itulah ibaratnya dan aku rasa kau akan lebih faham.
Cop,
Aku dari tentera pelbagai negaralah Cop. Negara manapun boleh, kalau ko ckp Rep China, ok juga. Bukannya apa, terkenang juga masa bersekolah dulu kerana aku memang menceburi kadet tentera sewaktu bersekolah. Merasa juga latihan kawad dan latihan lasak tu. Tambahan kami di daerah Hulu Langat dan negeri Selangor diarahkan memakainya setiap hari Rabu. Ini disebabkan Pengarah akan tegur secara terus jika tak pakai uniform pada hari Rabu sewaktu menghadiri sebarang majlis di JPN atau PPD.
bg aku lain. wp kita sebgi pmpn pgrsn, melalui kepayahan dan keperitan utk menerima sesuatu yg bernilai tu lebih bermakna. baru anak buah respek. gb mereka bkn clg-clg org. malahan gb boleh konduk kawat kaki dgn baik. dll.
MPMN,
Bagi aku no problem. Ko aku tak tahulah. Aku memang dah ada semua asas2 tersebut sejak dari bangku sekolah lagi. Apa yang penting kena tingkatkan kredebiliti diri sendiri. Kata orang jangan asyik dok suruh cikgu2 aje. Kepimpinan melalui teladan.
Post a Comment