Aku baru selesai menghadiri kolokium. Sementara menanti waktu berbuka, aku cuba menjengah blog dan mencoretkan sesuatu. Hari ini terpaksa berbuka puasa di Tg Malim aje. Apa menu yang hendak dibuat berbuka tak tahu lagi. Kejap lagi ingatkan nak ronda2 bazar Ramadhan di Tg Malim ni tapi tak tahu dimana. Ah... cari ajelah. Berbuka sendirian sekadar makan apa sahaja yang ada. Dan yang paling mudah, order aje menu di kedai. Malamnya pula aku bercadang untuk mengerjakan solat tarawikh di masjid Tg Malim. Inilah peluang bagi aku meninjau keadaan di masjid ini.
Selamat Berbuka Puasa kepada semua rakan2 yang mengenali.
Trip ke Da Nang, Vietnam
7 months ago
11 komen:
faris,
teringat aku kat masjid Tg Malim tu..... pernah selepas kuliah mlm aku singgah jugak kat situ sbb lom solat isyak! kau cari ler jejak2 aku kat situ!!!!
Faris,
memang kamu rajin untuk tambah ilmu,Mahani pun ada,sampaikan salam saya pada mahani.
Selamat Berjaya.Assalamualaikum.
Cop,
Sewaktu di masjid Tg Malim aku ditegur oleh seseorang yang katanya macam biasa aje tengok aku. Sedang berbual dan bertanya, rupanya dia adalah penjual mee sup di gerai majlis daerah tu. Patutlah dia selalu nampak aku kerana biasanya sebelah petang aku, Din, Prof dan Anas minum petang di situ. Aku pun berceritalah itu semasa buat first degree dulu. Nampak gayanya muka aku dah macam familiar di Tg Malim.
Aku rasa jejak kau tu dah tak ada kerana telah ditampal oleh jejak2 aku pula. Aku cari juga jejak kau tu, langsung tak jumpa kesannya. Jadi, kau kena sambung juga belajar tu di sini supaya jejak kau tu boleh dibina semula.
Nanti kau cari pulak jejak aku.
Noris,
Saya dah Mahani memang saling bergantung. Kalau buat group pun, kami bersama sebab dgn orang lain tak berapa kenal.
Memang niat nak tambah ilmu tu sentiasa ada. Kalau tak dipaksa belajar, alamatnya tak membacalah jawabnya. Secara tidak langsung ia memaksa kita membaca dan terutamanya dapat belajar sesuatu perkara baru dan terkini.
Hajat tu nak sambung hingga ke penamat (PhD) jika termampu. Doa-doakanlah. Insya-Allah.
Faris,
Kagum mendengar kegigihan you dan Mahani berusaha mencapai cita2.. memang you berdua mempunyai semangat kental. Tahniah! Mungkin satu hari nanti sy boleh bercerita dgn cucu(?) yg Dr Faris tu kawan nenek masa belajar dulu..
Ton,
TK diatas kata2 perangsang. Bila nak join sama? Tak susah buat master ni, cuma perlukan komitmen kehadiran kuliah dan buat segala assignment. Tentang exam, tak ada masalah sbb hanya 30-40% aje. Selebihnya dinilai dalam kuiz, mid-term dan pembentangan sewaktu kuliah (70%). Exam pun open book test. Jom ramai2.
cikgu faris attend kolokium tu dah tentu dapat idea nak buat thesis. Apakah tajuk2 yang macam best masa dia orang bentang tu. Maksud saya tajuk yang semasa dan mencabar tak pe.. saya hari tu ada juga hadiri simposium pensyarah2 utm, tapi mereka hanya membentang jurnal2 saja.. tak nampak jelas. Kalau viva biasanya lebih detail dan kita boleh nampak rekabentuk kajian mrk.
Rosnah,
Dalam kolokium tu ada dua orang yang bentang pra viva berkaitan proposal mereka dan satu lagi pra viva hasil dapatan kajiannya. Seorang pra viva proposal, kira ok tetapi seorang lagi pra viva proposal tak menepati. Yang pra viva hasil kajian, totally out kerana dia punya regration hanya dapat 10% dan itu bermakna soal selidiknya tak menepati kajian dan mungkin kena buat semula.
Apa pengajaran yang diperolah ialah bila buat proposal dan kajian jangan terlalu luas skopnya kerana ia akan menyimpang dari tujuan asal atau objektif.
ye.., tapi bila sempit penyelia kata ni.. tahap 1st degree, nanti MQCA reject plak.. pensyarah i kata mesti pembolehubahnya atleat 2 dan sebaiknya ada korelasi..peringkat ni dia nak ada kajian melibatkan ujian t atau annova. hi seramnya ...kena buat balik...
faris..kau lah pulak ganti usop lepak kat masjid tg malim tu..tp si usop ni lebih suka kedai makan sebelah tu...
usop tu suka makan kedai abuya. seorg2 je dia. bkn suka bw member. nak tgk anak abuya (kak long) di cashier
Post a Comment