Friday, August 21, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan Mubarak



Esok semua umat Islam akan memulakan ibadah puasa. Suatu ibadah wajib yang perlu dilaksanakan disamping ibadah2 sunat yang boleh dilakukan sepanjang bulan Ramadhan ini. Aku terpaksa menghadapinya dengan pelbagai dugaan dan cabaran. Apa yang aku doakan agar diberi kesihatan yang baik sepanjang bulan mulia ini bagi melakukan ibadah mengikut kemampuan diri.

Kepada semua rakan2 yang mengenali diriku secara dalaman atau luaran, aku mengambil kesempatan memohon maaf atas segala keterlanjuran sepanjang kita mengenali satu sama lain, sepanjang berblog, sepanjang masa berbual, sepanjang masa bersama dan sepanjang bersama2 dalam apa jua keadaan.

Selamat Menyambut Ramadhan AlMubarak. Amin.

3 komen:

harap kita semua cekal menghadapi cabaran dan ujian bulan posa dgn ikhlas dan sabar ris...

YBS dan KK,
Selamat berpuasa. Kurangkan bercakap dan banyakkan amal ibadat. Kurangkan berblog atau stop berblog dan banyakkan bacaan Al-Quran.
Peringatan untuk diri aku dan sesiapa yang sudi mendengar.