Kuliah pada petang dan malam esok ditiadakan tetapi diwajibkan menghadiri kolokium pengajian siswazah yang bermula pukul 2.45 petang hingga 5.00 petang. Yang diralatkan ialah kuliah pada pagi Sabtu tetap berjalan seperti biasa. Ini bermakna terpaksa stay back juga dan tak boleh balik. Jadi, aku terpaksa berbuka puasa di kedai saja esok atau di masjid aje. Malamnya pula kerana tiada kuliah, kesempatan bagi aku bersolat tarawikh di masjid Tanjung Malim aje.
Kolokium ini adalah bagi mereka yang hendak Viva dan terpaksa membentangkan tesis mereka. Inilah peluang kalau nak tanya macam-macam sampai mereka terduduk tak boleh jawab. Tapi... kesian juga ya. Nanti bila tiba giliran kita, tercungap2 nanti. Semoga perjalanan aku pada minggu ini akan lancar selancar perjalanan bulan Ramadhan ini.
Trip ke Da Nang, Vietnam
7 months ago
1 komen:
Salam.
Tahniah kau memang layak & tabah orangnya.Semoga kau terus berjuang hingga berjaya mencapai apa yang dicita-citakan. Didoakan sentiasa mendapat rahmat dan perlindungan Allah jua. Selamat berbuka puasa....Adiuss. Ttg Blog kita tu...harap kau teruskanlah ttp jika kau ada hal dan kepenatan biarkan aje dia; sehinggalah kau ada mood semula dan berkemampuan semula.......Terima kasih. Wassalam
Post a Comment