KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

Monday, June 29, 2009

Mesyuarat Pengurusan Akademik 30 Jun 2009

Hari ini aku terpaksa mengarahkan Penolong Kanan aku menyiapkan segala maklumat akademik UPSR bagi keputusan pertengahan tahun. Esok semua Pengetua dan Guru Besar dipanggil untuk Mesyuarat Pengurusan Akademik di PPD dan membentangkan segala keputusan sekolah masing2 (UPSR, PMR & SPM). Setakat ini semua maklumat tersebut telah siap dan terima kasih kepada PK aku yang bertungkus lumus menyiapkannya. Antara yang perlu dibentangkan adalah pencapaian semasa menerusi Head Count 3. Jika dibandingkan dengan pencapaian sebenar UPSR 2008, agak masih jauh untuk dicapai. Diharap ianya akan meningkat dan terus meningkat menjelang peperiksaan percuba...

Sunday, June 28, 2009

Keraian Perkahwinan

Perkahwinan merupakan satu ibadah dimana pasangan lelaki dan perempuan mendirikan mahligai bahagia ke arah mengekang maksiat dan membina keluarga berlandaskan hukum2 agama Islam. Hari ini aku terpaksa meraikan perkahwinan anak kepada rakan2 GB aku dan bukannya sedikit tetapi melibatkan 3 buah rumah. Aku memulakan pergerakan seawal jam 11 pagi kerana majlis kenduri diadakan seawal jam tersebut. Aku dan isteri terus ke Cheras sebagai rumah pertama, kemudiannya ke Presint 16 Putrajaya dan akhirnya ke Kg Sg Buah di Dengkil. Makan bukan menjadi keutamaan tetapi sekadar meraikan dan mengeratkan silaturahim. Begitulah jadual aku hari minggu ini dan keraian perkahwinan ini tidak habis disini kerana pada minggu hadapan (Sabtu) aku terpaksa menghadiri 2 buah rumah lagi.Rumah pertama pada minggu hadapan...

Saturday, June 27, 2009

Perasmian Majlis Permuafakatan

Oleh kerana kuliah dibatalkan pada hari ini di atas keprihatinan pihak universiti maka aku menjalankan tugas2 seperti biasa kerana hari ini merupakan sekolah ganti. Langkah pertama aku pergi ke sekolah terlebih dahulu dengan tujuan membuat pemeriksaan mengejut kerana guru2 aku tahu aku ada kuliah pada hari ini dan pastinya menyangka aku tiada di sekolah. Aku dapat memerhatikan beberapa orang guru yang lewat dan ini aku masukkan dalam catatan aku supaya senang aku memberi nasihat. Ada juga seorang dua guru yang tidak datang dan yang pasti dia akan memberi alasan ada kuliah pada minggu ini.Setelah itu aku terus ke SK Bandar Tasik Kesuma kerana menghadiri majlis perasmian Program Permuafakatan peringkat negeri Selangor yang dirasmikan oleh Pengarah JPN Selangor. Majlis agak meriah kerana kehadiran...

Thursday, June 25, 2009

Kuliah Diteruskan / Dibatalkan

Aku dapat maklumat melalui pengurus program bahawa kuliah dibatalkan pada minggu ini. Namun begitu bagi mendapatkan kepastian, aku cuba menghubungi seorang demi seorang pensyarah. Pertama aku menghubungi Dr Raheem (Pengurusan Kualiti) dan dia menyatakan bahawa ia akur dgn pengurus projek. Kedua aku menghubungi Hj Nazirmuddin (Kepimpinan Pendidikan) dan dia kata kuliah batal. Ketiga aku menghubungi Prof Abdul Jumaat (Kaedah Penyelidikan) dan dia menyatakan kuliah dia ada dan berjalan mengikut jadual.Nampak gayanya aku terpaksa juga bergerak ke UPSI pada tengah hari esok bagi menghadiri kuliah pukul 3 - 6 petang sahaja manakala dua kuliah lagi batal. Tak berbaloi juga rasanya pergi ke Tanjung Malim untuk satu kuliah sahaja tapi apakan daya kerana kena akur dengan Tok Guru. Itulah antara cabaran...

Wednesday, June 24, 2009

Jadual Kuliah

Aku telahpun mendapat jadual kuliah tetap setelah membuka laman web IPS. Berikut adalah jadual kuliahnya.Jumaat (3.00 hingga 6.00 petang)UKP6013 - Kaedah Penyelidikan Dalam Pendidikan - TMNU29Jumaat (8.00 hingga 11.00 malam)PPP6013 - Kepimpinan Pendidikan - TS 8BSabtu (8.00 hingga 11.00 pagi)PPP6043 - Pengurusan Kualiti Organisasi Pendidikan - TMNU28Nasib baik kuliahnya tidak berlarutan sampai hari Sabtu malam. So adalah masa untuk berehat hujung minggu. Jadual ini akan aku tempuhi sehingga pertengahan bulan Oktober. Ini bermakna aku bercuti pada hujung Oktober sehingga Disember dimana pada bulan Disember aku akan meneruskan Semester 2 pula. ...

Monday, June 22, 2009

Soalan Bocor Temuduga

Salam,Berdasarkan beberapa persoalan dan maklumat dari mereka yang ditemuduga, soalan2 yang dijangka kerap ditanya adalah tentang isu semasa negara dan pendidikan. Soalan2 juga menjurus kepada pandangan dan pendapat kita selaku pentadbir dalam menangani isu2 semasa pengurusan. Soalan2 seperti apa itu FPK, PIPP dan perkara2 lama tidak lagi relevan dan soalan2 sebegitu ditanya kepada guru2 kita sahaja atau guru2 yang baru memasuki profesion keguruan.Konsep temuduga juga adalah santai dan tidak membebankan. Ia sekadar proses formal yang mesti dilalui. So, rakan2 janganlah merasa tertekan yang amat sangat. ...

Baru Sempat Jengah Blog

Hari ini bermula dengan hujan gerimis di tempat aku. Perhimpunan sekolah tidak dapat dilakukan. Hari ini juga merupakan hari yang agak sibuk dengan pelbagai urusan. Bermula dengan waktu pagi apabila aku menerima guru praktikum seramai 4 orang yang baru melapor diri, aku terpaksa memberi taklimat dan info semasa bagi memudahkan mereka serta menunjukkan kedatangan mereka dialu-alukan.Apabila selesai satu bab, bab kedua pula apabila rakan aku di EPRD yang sedang cuti belajar PhD nya datang seperti yang dijanjikan untuk tujuan kajian tesisnya. Bermula dengan sesi temu bual dengan aku dan seterusnya dengan guru-guru yang terpilih, dah hampir tengah hari baru selesai. Aku meneruskan kerja bagi membaca dan meminitkan surat2 yang tidak dapat aku uruskan kerana bercuti pada hari Jumaat serta menandatangan...

Saturday, June 20, 2009

Hari Pertama Kembali ke UPSI

Hari ini adalah hari pertama dalam sejarah hidup aku apabila melanjutkan pelajaran sekali lagi. Bermula dengan seawal pagi apabila aku mula bertolak pada jam 6.40 pagi serta terpaksa memecutkan kenderaan kerana dah agak terlewat tetapi aku dapat sampai jam 8.00 pagi di UPSI. Perjalanan sesi pendaftaran berjalan lancar cuma tempoh masa yang diperlukan untuk selesai adalah sehingga jam 6.00 petang apabila waktu itu baru aku boleh bertolak pulang.Perkara yang aku elak2kan selama ini terpaksa aku pikul apabila Ketua Jabatan Pengurusan Pendidikan (Dr. Khuan) melantik aku secara autokrasi selaku Penghulu kerana katanya hanya aku yang dia kenal dalam...

Pendaftaran Program Master

Aku baru saja balik dari KLIA. Adik ipar dan biras aku yang dijadualkan tiba tengah hari telah tergendala. Akhirnya kapalterbang mendarat pukul 10.40 malam setelah beberapa kali delayed. Lantas apabila sampai ke rumah, sempat juga menjengah blog sekejap. Aku rasa aku perlu tidur awal bagi membolehkan aku bangun awal untuk bertolak ke Tanjung Malim pada waktu subuh nanti. Tetapi mata ini agak susah dilelapkan apabila melangkau jam 12 tengah malam masih tidak tidur.Apa yang aku harapkan agar aku dapat memulakan perjalanan pagi nanti seawal mungkin. Dan yang penting agar segala urusan aku pagi nanti berjalan lancar kerana apabila melihatkan jadual memang agak padat. Setelah selesai pendaftaran dijangka jam 11.30 pagi akan diadakan bacaan ikrar dan sebagainya. Selepas makan tengah hari diadakan...

Thursday, June 18, 2009

Cuti Menyelesaikan Urusan Peribadi - Sekadar Catatan Diari

Setelah ditimbang tara, aku mengambil keputusan untuk bercuti pada hari esok bagi menyelesaikan beberapa perkara urusan peribadi aku. Apa yang pertama akan aku lakukan ialah menyelesaikan proses pembayaran yuran pengajian bagi dikemukakan sewaktu pendaftaran program Master aku pada hari Sabtu nanti. Kedua, aku terpaksa bergegas pula ke KLIA bagi mengambil adik ipar dan biras aku yang pulang dari Indonesia setelah berada di sana selama empat hari kerana setelah itu mereka akan pulang ke USA pada hari Ahad nanti. Ketiga, aku terpaksa membuat semakan terakhir perkara2 yang belum diselesaikan agar tidak ada yang tertinggal atau tercicir sewaktu aku berangkat ke Tanjung Malim pada Subuh Sabtu tu. Pendek kata supaya segala2nya berjalan lancar dalam usaha aku melangkah setapak lagi untuk menamatkan...

Tuesday, June 16, 2009

El Nino dan La Nina

Senario di negara kita sekarang sedang mengalami keadaan cuaca El Nino. Bersama2 ini saya nak berkongsi sedikit info tentang fenomena cuaca ini sebagai maklumat kepada diri kita.El-Nino, menurut sejarahnya adalah sebuah fenomena yang teramati oleh para penduduk atau nelayan Peru dan Ekuador yang tinggal di pantai sekitar Samudera Pasifik bagian timur menjelang hari natal (Desember). Fenomena yang teramati adalah meningkatnya suhu permukaan laut yang biasanya dingin. Fenomena ini mengakibatkan perairan yang tadinya subur dan kaya akan ikan (akibat adanya upwelling atau arus naik permukaan yang membawa banyak nutrien dari dasar) menjadi sebaliknya....

Monday, June 15, 2009

Panggilan Temuduga DG41

Malam ini aku telah membuka portal SPP dan login ke e-permohonan. Alhamdulillah kerana surat panggilan temuduga telah dikeluarkan pada 10 Jun 2009 dan tarikh temuduga yang perlu aku hadiri ialah pada 8 Julai 2009.Sekarang sedang menunggu surat panggilan temuduga secara rasmi yang akan tiba pada bila2 masa sahaja. Kepada rakan2 lain, sila semak e-permohonan masing2 seberapa kerap mulai sekarang....

Persiapan Pemantauan

Hari ini adalah hari pertama persekolahan. Aku andaikan bahawa ia merupakan hari yang santai kerana baru mula sesi penggal kedua persekolahan. Rupa2nya sangkaan aku meleset. Banyak kerja yang perlu dibereskan kerana pihak Jabatan Pelajaran Selangor ingin melakukan pemantauan pada 17 Jun 2009. Oleh itu aku dan Penolong Kanan aku terpaksa memastikan semua persiapan dari aspek dokumen dan kerja buat guru2 telah sempurna. Dari satu perkara ke satu perkara terpaksa diuruskan. Alhamdulillah kerana setakat ini semuanya berjalan lanc...

Saturday, June 13, 2009

Hari Minggu

Hari minggu biasanya adalah hari untuk berehat. Kadangkala hari minggu juga merupakan hari yang sibuk. Semuanya bergantung kepada keadaan semasa. Bagi diri aku, setelah bercuti pada hari Khamis dan Jumaat serta ditambah dengan hari Sabtu dan Ahad maka selama 4 hari aku dapat merehatkan diri walaupun terpaksa dipenuhi dengan urusan2 peribadi. Kedatangan hari Isnin mungkin memberikan semangat baru kepada aku untuk memulakan kembali kerja yang lebih mencabar. Hari minggu bagi minggu ini akan dipenuhi dengan rutin biasa aku yang akan bermula ke pasar bagi membeli keperluan harian selama seminggu di waktu pagi. Biasanya aku akan meminta isteri aku memasak masakan yang agak special pada hari minggu. Pada sebelah petang pula aku akan menghantar anak aku pulang ke asrama. Cuma rutin yang akan berubah...

Friday, June 12, 2009

Cuti Rehat

Semalam dan hari ini iaitu selama 2 hari aku bercuti rehat yang dalam erti kata sebenar bukannya untuk berehat tetapi bagi menyelesaikan urusan2 peribadi. Semalam aku telah berjaya menyelesaikan pemeriksaan perubatan bagi dibawa semasa pendaftaran di UPSI pada 20 Jun 2009. Hari ini aku ingin melengkap segala borang2 yang perlu dilengkapi dan disahkan supaya tidak tercicir. Cuma pembayaran yuran masih tidak dapat dilakukan, bukannya tak ada duit tetapi arahan pembayaran hanyalah boleh dilakukan selepas 15 Jun 2009. Nak bergerak atau bercuti ke mana2 pun tak berkesempatan kerana anak2 yang akan mengambil peperiksaan UPSR dan SPM dipenuhi dengan kelas tuisyen. Apa yang boleh dilakukan hanyalah bermesra dengan isteri di rumah bagi mengeratkan kasih sayang.Aku harap dapat menyelesaikan segala keperluan...

Wednesday, June 10, 2009

Sahabat

Sahabat adalah seorang yang sentiasa prihatin dan mengingati. Perhubungan sahabat yang sentiasa mengingati boleh dilakukan melalui pelbagai cara. Selain melalui dunia maya seperti web/portal/blog, ia boleh dilakukan dengan cara mengunjungi di antara satu sama lain. Hari ini aku merasa begitu seronok kerana telah dikunjungi rakan yang datang dari Pahang (sama2 bertugas di JPN Pahang) sambil menikmati makan tengah hari bersama. Seterusnya disambung pula dengan kunjungan rakan dari Terengganu (Sabri) dan Kedah (Khalil) bersama isteri masing2 ke rumah aku. So, hari ini aku dipenuhi dengan kunjungan sahabat2 yang masih mengingati aku. Walaupun pertemuan...

Tuesday, June 9, 2009

Penerimaan Surat Tawaran Rasmi

Hari ini memang agak letih kerana memberi kuliah selama 3 jam mulai 2.30 petang hingga 5.30 petang. Sebaik tiba di rumah, kepenatan terasa terubat kerana surat tawaran rasmi untuk program sarjana telah diterima pada hari ini. Kini aku mula membelek dan membaca keperluan2 dan persediaan yang perlu dilakukan kerana tarikh pendaftaran adalah pada 20 Jun 2009. Ini bermakna hanya tinggal hampir tak sampai seminggu untuk mendaftar. Nampaknya aku terpaksa terkejar2 dengan tugas2 lain yang terpaksa dilaksanak...

Monday, June 8, 2009

Mesyuarat Agong MGB Negeri Selangor

Hari ini diadakan mesyuarat jawatankuasa pelaksana Mesyuarat Agong MGB Selangor di Majlis Perbandaran Ampang Jaya dimana Daerah Hulu Langat diberi tanggungjawab selaku tuan rumah. Mesyuarat berlangsung separuh hari dan melihat tempat berlangsungnya mesyuarat pada 16 Jun 2009 nanti. Aku dipertanggungjawabkan dengan JK Pentas dan Backdrop yang bertujuan menggunakan kepakaran aku dalam bidang ICT. Jika dilihat keadaan semasa mesyuarat, mungkin beberapa perkara lain juga terpaksa aku lakukan sepanjang berlangsungnya mesyuarat agong tersebut. Berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing. Bekerja ibarat aur dengan tebing. Saling tolong menolong dan bantu membantu. Apa yang penting, mesyuarat tersebut berlangsung dengan jayanya. Ini disebabkan aku dipertanggungjawabkan lagi dengan tugas2 tambahan...

Sunday, June 7, 2009

Streamyx Line For Telekom Staff

Hari ini bermula penggunaan Streamyx di rumah aku setelah sekian lama aku menggunakan Celcom Broadband. So sekarang aku menggunakan dua talian internet. Talian streamyx ini adalah kepunyaan biras aku yang merupakan staff telekom. Ia bukanlah percuma tetapi kadar bayarannya adalah rendah jika dibandingkan dengan pakej pelanggan biasa. Keupayaan dan kelajuan taliannya adalah lebih laju sedikit dari broadband aku. Testing... testing....

Saturday, June 6, 2009

Penuhi Undangan

Salam,Hari ini sahaja dah dua buah rumah dan jemputan perlu dipenuhi. Nasib baiklah tak ada banyak lagi. Itupun dah dikira terkejar2 juga. Esok ada satu undangan lagi sebelum bersambung pada minggu hadapan. Kata orang, bukan makan yang diutamakan tetapi hubungan silaturahim bagi merapatkan hubungan sahabat dan setia kawan. Memang kita akan terasa gembira bila dikunjungi, dilawati dan memenuhi undangan tak kira dari sesiapa sahaja. Semoga Allah s.w.t dapat memberikan kesihatan yang baik dan sempurna bagi memenuhi undangan di musim cuti sekolah ini. ...

Wednesday, June 3, 2009

Penat dan Lenguh

Hari ini terasa begitu penat dan lenguh mulut kerana menyampaikan kuliah selama 4 jam mulai 8.30 pagi hingga 1.00 petang. Ditambah pula dengan berdiri selama 4 jam juga dan keadaan bilik kuliah yang tidak berpenghawa dingin betul2 menyebabkan keletihan. Lenguh pula apabila dah lama tak bercakap banyak. Bila dah bercakap, banyak pula nak dicakapkan sehingga tak cukup masa untuk menyampaikan content.Agaknya aku bukan dilahirkan untuk menjadi pensyarah. Bila sesekali begini agak menyeronokkan tetapi aku rasa jika ini merupakan kerja rutin aku, minat aku tak ada untuk sentiasa berceramah.Selasa depan sekali lagi aku akan berceramah dan aku harap aku dapat menyampaikan ilmu yang ada sebaik mungkin kerana mereka inilah yang akan berada dalam sistem perkhidmatan awam sebagai guru sehingga umur persaraan...

Pages 381234 »