Tuesday, June 9, 2009

Penerimaan Surat Tawaran Rasmi

Hari ini memang agak letih kerana memberi kuliah selama 3 jam mulai 2.30 petang hingga 5.30 petang. Sebaik tiba di rumah, kepenatan terasa terubat kerana surat tawaran rasmi untuk program sarjana telah diterima pada hari ini. Kini aku mula membelek dan membaca keperluan2 dan persediaan yang perlu dilakukan kerana tarikh pendaftaran adalah pada 20 Jun 2009. Ini bermakna hanya tinggal hampir tak sampai seminggu untuk mendaftar. Nampaknya aku terpaksa terkejar2 dengan tugas2 lain yang terpaksa dilaksanakan.

5 komen:

tahniah dan syabas.InsyaAllah akan berjaya.

Masa dah time faris! He..he.. so persediaan mental dan fizikal perlu di mulakan dari sekarang. Ingat ... u ada lebih 50 sahabat yg sentiasa berbangga dan memberi sepenuh sokongan serta meniupkan semangat kental untuk u terus mara dgn cemerlang. May the best luck be with u.

Emzex, thanks. Insya-Allah saya akan cuba sedaya mungkin.

Ita, bukan setakat persediaan mental dan fizikal saja tetapi persediaan wang poket kerana kali ni tak ada biasiswa seperti masa first degree dulu. Semoga doa dan sokongan rakan2 benar2 dapat membantu dan menguatkan semangat saya.

Thanks to everybody who's give support to me.

aku harap kau berjaya menempuh badai sarjana...dengar cerita banyak perahu karam sebelum sampai ke perlabuhan...harap perahu kau tu cukup bekalan dan kuat ...
aku nak pesan dgn kau faris, simpan semua nota...sebab ada mamat nak sedut....bukan sedut...plug in...kata asmara...good luck

KK,
Harapan saya perahu tu tak akan karam. Kena pakai pelampung yang besar sebagai persediaan kecemasan. Tentang nota2 yang nak disimpan dan nak di plug in tu, dah tahu Mamat mana yang nak sedut tu. He he he... Jangan sampai terlepas iklan permohonan sudahlah untuk intake Disember nanti.
Sesi semester saya akan tamat pada pertengahan Oktober. Maybe Disember akan sambung kelas semester 2.