Aku dapat maklumat melalui pengurus program bahawa kuliah dibatalkan pada minggu ini. Namun begitu bagi mendapatkan kepastian, aku cuba menghubungi seorang demi seorang pensyarah. Pertama aku menghubungi Dr Raheem (Pengurusan Kualiti) dan dia menyatakan bahawa ia akur dgn pengurus projek. Kedua aku menghubungi Hj Nazirmuddin (Kepimpinan Pendidikan) dan dia kata kuliah batal. Ketiga aku menghubungi Prof Abdul Jumaat (Kaedah Penyelidikan) dan dia menyatakan kuliah dia ada dan berjalan mengikut jadual.
Nampak gayanya aku terpaksa juga bergerak ke UPSI pada tengah hari esok bagi menghadiri kuliah pukul 3 - 6 petang sahaja manakala dua kuliah lagi batal. Tak berbaloi juga rasanya pergi ke Tanjung Malim untuk satu kuliah sahaja tapi apakan daya kerana kena akur dengan Tok Guru. Itulah antara cabaran pertama yang terpaksa dihadapi pada permulaan semester ini. Pastinya cabaran kedua nanti ialah menggantikan kuliah yang telah dibatalkan ini.
Huh.... cobaan......
Trip ke Da Nang, Vietnam
7 months ago
2 komen:
hah jangan nak merungut...pergi, ingat kuat kan semangat...
Sof,
Memang semangat tengah kuat. Pukul 1.15 ptg lagi dh sampai dan sempat Jumaat di Tg Malim lagi. Setakat ni utk kelas UKP6013 ni ada 18 orang. Lagi dua kelas tu tak tahu lagi. Sekarang ni baru sampai rumah. Nk tidur dulu, esok nk ke sekolah kerana buat hari terbuka.
Post a Comment