Wednesday, June 10, 2009

Sahabat

Sahabat adalah seorang yang sentiasa prihatin dan mengingati. Perhubungan sahabat yang sentiasa mengingati boleh dilakukan melalui pelbagai cara. Selain melalui dunia maya seperti web/portal/blog, ia boleh dilakukan dengan cara mengunjungi di antara satu sama lain. Hari ini aku merasa begitu seronok kerana telah dikunjungi rakan yang datang dari Pahang (sama2 bertugas di JPN Pahang) sambil menikmati makan tengah hari bersama. Seterusnya disambung pula dengan kunjungan rakan dari Terengganu (Sabri) dan Kedah (Khalil) bersama isteri masing2 ke rumah aku. So, hari ini aku dipenuhi dengan kunjungan sahabat2 yang masih mengingati aku. Walaupun pertemuan hanya seketika tetapi ia memberi seribu makna dalam erti kata sahabat. Semoga hubungan sesama sahabat akan terus berkekalan.

Sahabatku Sabri dan Khalil.

Dah nama diberi gelaran Sifu ICT, walau di mana pun jumpa mesti perkara berkaitan ICT tidak dilupakan dan laptop tetap di depan sambil berbincang dan berbual.

4 komen:

aku pun sentiasa ingat kat kau faris, buktinya setiap hari aku akan menjengah blog kau...

apa yg disedut oleh si sabri dan khalil tu faris, ada mcm2 ke? hehehe

Cop,
Macam2 ada.... he he he... sedut menyedut tu memang banyak perkara. Kau tanyalah dia orang sendiri.

hai tengok gambar x ke?dua2 sifu tu mmg tak leh lekang dgn cite2 X tu...heeheh.seorang disebelah utara dan seorang disebelah timur, ditengah jua mereka bertemu.....?

Salam....ok jugak cadangan tu. Apa pun kita rancanglah dr sekarang....sdr Joni pun dah setuju tu.....mudah2an rakan2 yg ada kelapangan boleh hadir bersama isteri mungkin jugak anak2. Saya setuju aje.....insyaAllah akan turut bersama. Anak dara saya (anak ke 2 ) belajar di IPGM Kampus Dt Razali Ismail Trganu).

Tk ...Sdr Sabri & Khalil hangpa sihat aje noo...awat tak ke Sbg Jy sekali. Tak pa lain kali.... insyaAllah ada izinNya kita dpt jumpa...... Wassalam