Friday, June 12, 2009

Cuti Rehat

Semalam dan hari ini iaitu selama 2 hari aku bercuti rehat yang dalam erti kata sebenar bukannya untuk berehat tetapi bagi menyelesaikan urusan2 peribadi. Semalam aku telah berjaya menyelesaikan pemeriksaan perubatan bagi dibawa semasa pendaftaran di UPSI pada 20 Jun 2009. Hari ini aku ingin melengkap segala borang2 yang perlu dilengkapi dan disahkan supaya tidak tercicir. Cuma pembayaran yuran masih tidak dapat dilakukan, bukannya tak ada duit tetapi arahan pembayaran hanyalah boleh dilakukan selepas 15 Jun 2009. Nak bergerak atau bercuti ke mana2 pun tak berkesempatan kerana anak2 yang akan mengambil peperiksaan UPSR dan SPM dipenuhi dengan kelas tuisyen. Apa yang boleh dilakukan hanyalah bermesra dengan isteri di rumah bagi mengeratkan kasih sayang.
Aku harap dapat menyelesaikan segala keperluan pendaftaran sepanjang 2 hari bercuti. Hari Sabtu aku bercadang untuk ke Ulu Tiram bagi majlis perkahwinan saudara aku dan hajat hati nak terus ke Batu Pahat pula kerana bekas staf melakukan kerja kahwin anaknya. Walau apapun, ini masih tak pasti lagi. Kalau orang lain, bercuti ke luar negara atau cuti2 Malaysia, bagi aku kali ini hanya cuti2 menyelesaikan urusan.

8 komen:

wokey ler tu faris, cuti jugak namanya. Aku pun lbh kurang mcm tu ler jugak, esok nak ke kl lg. Tiga kali aku ke kl dlm masa cuti ni. Tak jadi ke Temerloh, suruh wife aku tunggu di rumah anak di Cheras, senang sikit aku nak dtg amik.... hehehe

Cop... Cop...
Kau ni memang liat nak balik Temerloh ya. Kat Temerloh payah nak dapat Wifi ye... he he he... Kat KL, kau boleh pergi kedai depan rumah anak kau tu....

tak apalah x dpt cuti2 malaysia. tp dpt juga bergurau senda dgn isteri yg satu tu. kalau mcm usop isteri yg dua tu. temerloh bkn tak ada wifi, aku dok temerloh. rmh mentua usop tu dlm felda, jd belum ada wifi percuma lg. hg ni sop lsg tak nak jumpa mentua.

bukan pasal wifi...kau orang silap, usop seorang yang startegik...dia nak baling batu dua ekor burung mati. bini dia ke kl dapat nengok anak, dia pun sama...jarak muo ke sg nerek tak jauh sangat beza dgn jarak ke kl...[ aku mempertahankan usop, kali ni ]

Wah, kali ini Labi mempertahankan Labu pulak. Setelah bertemu dan bercerita panjang dan mungkin menuntut ilmu... he he he... hubungan Labu dan Labi sudah menjadi akrab dan tidak gaduh2 lagi.
Usop tu hanya nak tengok cucu aje... mertua dah tak kisah. Apa pun asal kau bahagia Usop. Ke KL tu balik hari ini juga ke Cop???

Faris, aku mungkin bertolak mlm inilah, wife aku bertolak dr Penang pg ahad so hari ahad tu aku bole ler berehat dan mungkin balik muor mlm tu. Kau ada kat Kajang ke?

Labi, mekasih la kerana menyokong aku dan selama ini labu mmg tetap menyebelahi kau cuma biasala... labu & labi sentiasa berkelahi/bergaduh/bertanding.....

mpmn, bulan lepas aku jumpa dah mentua aku tu, bkn tak boleh nak jumpa selalu, bimbang dia jemu tengok aku, hehehe

untuk yuran cuba mohon Yayasan Pahang le.kalau anak pahang. hari tu masa 1st degree saya dapat yayasan pahang. Bila keputusan cemerlang ditukar taraf sebagai biasiswa tak kena bayar. YP ada juga menaja pelajar Master n PHD ni. setakat ni saya tak mohon lagi untuk kos master sbb saya guna duit part time utk bayar yuran. Kira lepasla itu sebab pensyarah suruh ambik part time tutor. Sebab master ni kos yuran tak seberapa tapi bukunya 100++. itupun byk cetak rompak gak..banyak buku l/negara digunakan.. pengarang international di agongkan hi.hi. tapi seganding sebenarnya dengan penulis msia spt Dr Abdullah Syukor yang lebih realistik .

Cop,
Aku ada di Kajang. Tapi macam biasalah kerana hari Ahad adalah hari yang sibuk dengan urusan ke pasar utk seminggu, menghantar anak ke asrama dan mengemas segala yang tak kemas. Kalau kau nak ke Kajang, call aku dulu. Insya-Allah jika ada kelapangan boleh kita mengeteh.

Rosnah,
Terima kasih di atas maklumat yang diberi. Bagus juga idea tu dan insya-Allah saya akan cuba mohon. Dulu seingat saya dia nak rakyat Pahang dan saya tidak berkelayakan kerana bila dilihat kad pengenalan, lahir di Johor. Kalau betul boleh mohon bagi sesiapa yang bermastautin di Pahang, nanti saya cuba. Tentang buku tu, biasalah beli yang cetak rompak. Kalau beli yang original pun dah tak ada tempat nak simpan. Tentang buku tidak menjadi masalah kepada saya kerana boleh dapatkan rujukan di perpustakaan negara. Didoakan Rosnah akan dapat menamatkan Master dengan cemerlang juga seperti first degree.