Hari minggu biasanya adalah hari untuk berehat. Kadangkala hari minggu juga merupakan hari yang sibuk. Semuanya bergantung kepada keadaan semasa. Bagi diri aku, setelah bercuti pada hari Khamis dan Jumaat serta ditambah dengan hari Sabtu dan Ahad maka selama 4 hari aku dapat merehatkan diri walaupun terpaksa dipenuhi dengan urusan2 peribadi. Kedatangan hari Isnin mungkin memberikan semangat baru kepada aku untuk memulakan kembali kerja yang lebih mencabar.
Hari minggu bagi minggu ini akan dipenuhi dengan rutin biasa aku yang akan bermula ke pasar bagi membeli keperluan harian selama seminggu di waktu pagi. Biasanya aku akan meminta isteri aku memasak masakan yang agak special pada hari minggu. Pada sebelah petang pula aku akan menghantar anak aku pulang ke asrama.
Cuma rutin yang akan berubah ialah apabila pada waktu petang aku dan isteri aku akan mengambil ibu mertua (emak isteri aku) dari rumah abang ipar aku bagi tinggal bersama kami untuk tempoh yang tidak tahu berapa lama. Begitulah rutin ibu mertua aku yang sudah tidak mengenali sesiapa dan tak mengingati apa2 dari rumah seorang anak ke seorang anak seramai 9 orang (tetapi yang sanggup mengambil dan menjaga hanya 5 orang aje, manakala yang lain2 tu buat tak tahu aje).
Harapan aku agar dengan menjaga ibu mertua ni akan memberi kesedaran kepada anak2 aku bahawa tanggungjawab seorang anak amat berat dan terpaksa dipikul dalam apa keadaan sekali pun.
Kepada semua rakan2, selamat berhujung minggu. TK.
Trip ke Da Nang, Vietnam
7 months ago
4 komen:
wah sibuk la kau pd hari ahad faris, takpe la tak payah susah2kan aku, pandai ler aku bawak diri, yg penting line internet ada, hehehe
ni aku tgh tunggu wife balik dr Penang, katanya bertolak pg ni, ntah ler pukul bape ler pulak sampainya. Kalau tergerak hati nak jumpa kau, nt aku call....
nak call ikut tergerak hati...tu tanda, memang tak call dah tu faris..kau pulak kalau tergerak hati nak angkat call, kau angkat... seronok..jugak kalau kita kawan main tergerak hati ni...yer labu
Cop,
Kalau nak call aku memang nak tunggu tergerak hati tapi kalau nak call si dia tu memang kau sengaja gerakkan hati kau tu.
KK,
Istilah kawan ni ada yang kawan tergerak hati dan ada kawan yang sengaja nak menggerakkan hati. Begitulah nasib kawan.
Walau apapun kawan tergerak hati atau menggerakkan hati, memang jadual aku penuh hari ini. Baru sekarang bernafas dan melihat blog.
korang ni tau.... nak naik jugak hangin aku! Aku guna istillah 'gerak hati' pun bkn main panjang songeh korang yer... banyak betul mulut korang! Kan semuanya bermula/berpunca drp hati, kalau ada gerak/niat dlm hati maka baru ler bermulanya sesuatu perbuatan/tindakan... sebenarnya aku bkn nak marah, nasihattttttttt!
KK, bagus bahasa sinis kau yer... labi labi!
faris, sapa yg kau maksudkan dgn si dia tu? Aku ke kau, yg aku tahu, kau yg ramai 'si dia' ....hingga tak menang tangan nak call... hahaha
relax la kekawan, jgn tension.... tp aku stress jugak ni, smlm dpt call nazir nak dtg sekolah dlm minggu ni, huhuhu.....
Post a Comment