Hari ini diadakan mesyuarat jawatankuasa pelaksana Mesyuarat Agong MGB Selangor di Majlis Perbandaran Ampang Jaya dimana Daerah Hulu Langat diberi tanggungjawab selaku tuan rumah. Mesyuarat berlangsung separuh hari dan melihat tempat berlangsungnya mesyuarat pada 16 Jun 2009 nanti. Aku dipertanggungjawabkan dengan JK Pentas dan Backdrop yang bertujuan menggunakan kepakaran aku dalam bidang ICT. Jika dilihat keadaan semasa mesyuarat, mungkin beberapa perkara lain juga terpaksa aku lakukan sepanjang berlangsungnya mesyuarat agong tersebut.
Berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing. Bekerja ibarat aur dengan tebing. Saling tolong menolong dan bantu membantu. Apa yang penting, mesyuarat tersebut berlangsung dengan jayanya. Ini disebabkan aku dipertanggungjawabkan lagi dengan tugas2 tambahan lain yang diberi secara adhoc sewaktu mesyuarat tadi.
Trip ke Da Nang, Vietnam
7 months ago
7 komen:
Bagus dan tahniah faris... itu maksudnya kehadiran dan kepakaran anda dihargai. Bekerja ni memang perlukan semangat sepasukan dan kesetiawanan. Masa ni u all jadi tuan rumah...dulu we all dah rasa. Kalau ade rezki jumpe lah kita di situ nanti, by the way kat mana?. Setakat ni tak ade pula pengerusi MGB Klang sound ape2 kat kami lagi.
kau mmg suka ler kalau org mintak tolong kat kau yer, "ada makna tu..." hehehe...
tahniah faris...labu memang suka ngusik...dia tak mau orang lebih dari dia...kau jangan lemah semangat faris...kau teruskan khidmat sosial kau tu
Ita,
Kalau jadi perwakilan Klang, kita jumpa nanti di Auditorium Majlis Perbandaran Ampang Jaya pada 16 Jun 2009
Cop @ Labu,
Aku ni memang suka orang minta tolong. Kalau orang tak minta tolong, aku buat tak tahu ajelah.
KK @ Labi,
Biasalah Sof usik mengusik. Aku tak kisah punya. Dah memang kerja aku dan kau orang semua suka mengusik. He he he...
Sekarang ni nak design backdrop sebab nak hantar cetak. Sambil tu tengah kelam kabut nak siapkan bahan lecture pukul 2 petang ni.
TK.
Salam....saya jadi perwakilan Pet.Perdana jugak. Tp tak dpt hadir ke Audi MPAJ tu-pd pagi 16 Jun tu kena attnd meeeting MTQ Pedk Khas Neg di Tmn seni Islam...majlisnya pada 18 Jun kami jadi pengerusi pengelola (pengerusi panitia daerah Pet Pdna).16 Jun ptgnya pulak kami ada majlis Hr guru & anugerah kualiti daerah, Pengarah jugak yg rasmikan.....apa boleh buat. Apapun tahniah Faris harap2 H.Lgt dapat menganjur dgn baik mesy agung kali ni. Tk Wassalam
Ita dan AMA,
Mesyuarat tersebut telah ditunda ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Jadi tak dapatlah kita berjumpa pada 16 Jun tu. Tarikh baru akan dimaklumkan kemudian. TK.
Salam. Ok Faris.....aku dah dgr jugak perihal tarikh yg Bbhg Dr Pengarah dah minta ubah tu.....simpati aku kpd rakan2 di HL-sabar ajelah.....insyaAllah aku bawak kontinjen Sgor MTQ Pddkn Khas K'saan di UUM Sintok mulai 22 hb. Jk tarikh-tarikh tersebut...tak dpt juga lah hadir & jumpa rakan2 di Audi MPAJ. Dgrnya pengarah kita kena menyambut rombongan komenwel di SMKV Shah Alam pd tarikh brkenaan......tk
Post a Comment