Perkahwinan merupakan satu ibadah dimana pasangan lelaki dan perempuan mendirikan mahligai bahagia ke arah mengekang maksiat dan membina keluarga berlandaskan hukum2 agama Islam. Hari ini aku terpaksa meraikan perkahwinan anak kepada rakan2 GB aku dan bukannya sedikit tetapi melibatkan 3 buah rumah. Aku memulakan pergerakan seawal jam 11 pagi kerana majlis kenduri diadakan seawal jam tersebut. Aku dan isteri terus ke Cheras sebagai rumah pertama, kemudiannya ke Presint 16 Putrajaya dan akhirnya ke Kg Sg Buah di Dengkil. Makan bukan menjadi keutamaan tetapi sekadar meraikan dan mengeratkan silaturahim. Begitulah jadual aku hari minggu ini dan keraian perkahwinan ini tidak habis disini kerana pada minggu hadapan (Sabtu) aku terpaksa menghadiri 2 buah rumah lagi.
Rumah pertama pada minggu hadapan (Sabtu) adalah pasti rumah dua pupu aku yang majlisnya diadakan di Wisma Belia, KL dan juga rumah kedua ialah rakan GB juga yang anaknya pernah berkhidmat di sekolah aku sebagai juruteknik komputer seketika waktu dulu. Apa yang menjadi kekangan ialah aku terpaksa menghadiri kuliah yang akan tamat jam 11.00 pagi di UPSI. Nampaknya aku terpaksa bergegas balik sebaik sahaja tamat kuliah. Tujuannya juga tidak lain untuk merai dan mengeratkan silaturahim sekali lagi.
Begitulah jika kita telah mencapai peringkat umur sebegini dan apa yang pasti akan tiba giliran aku menguruskan majlis perkahwinan anak aku nanti. Hubungan sesama manusia adalah suatu hubungan yang perlu diambil berat kerana dalam agama kita sendiri memberi penekanan kepada hubungan dengan Allah dan keduanya hubungan dengan manusia (sesama insan).
Terima kasih.
Trip ke Da Nang, Vietnam
7 months ago
0 komen:
Post a Comment