Monday, June 15, 2009

Persiapan Pemantauan

Hari ini adalah hari pertama persekolahan. Aku andaikan bahawa ia merupakan hari yang santai kerana baru mula sesi penggal kedua persekolahan. Rupa2nya sangkaan aku meleset. Banyak kerja yang perlu dibereskan kerana pihak Jabatan Pelajaran Selangor ingin melakukan pemantauan pada 17 Jun 2009. Oleh itu aku dan Penolong Kanan aku terpaksa memastikan semua persiapan dari aspek dokumen dan kerja buat guru2 telah sempurna. Dari satu perkara ke satu perkara terpaksa diuruskan. Alhamdulillah kerana setakat ini semuanya berjalan lancar.

0 komen: