Thursday, June 18, 2009

Cuti Menyelesaikan Urusan Peribadi - Sekadar Catatan Diari

Setelah ditimbang tara, aku mengambil keputusan untuk bercuti pada hari esok bagi menyelesaikan beberapa perkara urusan peribadi aku. Apa yang pertama akan aku lakukan ialah menyelesaikan proses pembayaran yuran pengajian bagi dikemukakan sewaktu pendaftaran program Master aku pada hari Sabtu nanti. Kedua, aku terpaksa bergegas pula ke KLIA bagi mengambil adik ipar dan biras aku yang pulang dari Indonesia setelah berada di sana selama empat hari kerana setelah itu mereka akan pulang ke USA pada hari Ahad nanti. Ketiga, aku terpaksa membuat semakan terakhir perkara2 yang belum diselesaikan agar tidak ada yang tertinggal atau tercicir sewaktu aku berangkat ke Tanjung Malim pada Subuh Sabtu tu. Pendek kata supaya segala2nya berjalan lancar dalam usaha aku melangkah setapak lagi untuk menamatkan pelajaran seterusnya.

7 komen:

persediaan awal biasanya membawa keberuntungan kpd pemiliknya. tahniah kerana melangkah setapak lagi

TK Pirzan. Dah dapat tarikh temuduga kau ke?

belum lg. mcm aku menunggu buah durian dkt laman rmh aku ni je. yg gugur dah ditebuk tupai. betullah perumpamaan org tua2, benda yg dah ditebuk tupai mmg tak elok. sakit hati aje yg dapt.

faris
eloklah bercuti sebab kita memang ada cuti

pirzan
geng temerloh semua tak dapat lagi kut...aku masuk geng kuantan..lagi pun dia orang panggil yang rajin membaca buku dulu masa kat upsi..hahahahaha

KK,
Memang pun nak menghabiskan cuti rehat. Setakat ni masih berbaki 43 hari lagi.

kk
masa temuduga ni boleh tak kita bw peranti spt di upsi tu? kk dlm rmh kita di upsi dulu ada 2 kump, kump a diwakili oleh aku n kump b diwakili oleh kau. wakil org paling rajin, banding kau dgn aku, kau rajin sikit dari aku. hehehe

hahahaha mpmn kau ni, masakan aku lupa selama 2 tahun kita bersama.. paling tak lupa bowling dalam bilik, bab rajin ni, kau antara yang rajin tapi rajin membuat peranti...ni masa temuduga ni kau pakailah peranti...nak kena belasah boleh