Monday, June 22, 2009

Baru Sempat Jengah Blog

Hari ini bermula dengan hujan gerimis di tempat aku. Perhimpunan sekolah tidak dapat dilakukan. Hari ini juga merupakan hari yang agak sibuk dengan pelbagai urusan. Bermula dengan waktu pagi apabila aku menerima guru praktikum seramai 4 orang yang baru melapor diri, aku terpaksa memberi taklimat dan info semasa bagi memudahkan mereka serta menunjukkan kedatangan mereka dialu-alukan.
Apabila selesai satu bab, bab kedua pula apabila rakan aku di EPRD yang sedang cuti belajar PhD nya datang seperti yang dijanjikan untuk tujuan kajian tesisnya. Bermula dengan sesi temu bual dengan aku dan seterusnya dengan guru-guru yang terpilih, dah hampir tengah hari baru selesai.
Aku meneruskan kerja bagi membaca dan meminitkan surat2 yang tidak dapat aku uruskan kerana bercuti pada hari Jumaat serta menandatangan cek2, baucar bayaran dan sebagainya. Seperkara yang masih belum aku selesaikan ialah memeriksa buku tunai dan lain-lain dokumen kewangan. Mungkin ini dapat aku lakukan sebelah petang nanti kerana aku sudah kelaparan kerana tidak berkesempatan untuk menjamah makanan lagi.
Sambil menyelam minum air, serentak dengan itu aku (selaku Penghulu kumpulan belajar aku) terpaksa menyelaras jadual kuliah pada hujung minggu ini dengan pensyarat terlibat. Zaman kesibukan aku sudah bermula dan aku terpaksa bijak mengagihkan masa mulai sekarang.
Blog kumpulan alumni aku nampaknya senyap sunyi kerana tidak dijengah oleh rakan2. Rasanya aku nak biarkan saja blog tu kerana ramai yang sudah tidak berminat dan membawa haluan masing2. Kepada rakan2 yang ingin mendapatkan berita dan maklumat semasa, cukuplah sekadar menjengah dan membaca blog aku sendiri. Jika ada rakan2 yang memerlukan bantuan aku, mungkin aku akan memasukkan juga info2 yang ingin diketahui di blog aku ini.
Tarik nafas...... lepas..... tarik nafas.... lepas..... uuhh... lega rasanya. Maaflah kepada Yusof Rompin kerana aku mengikut jejak beliau untuk bermonolog pada entri kali ini.

2 komen:

salam faris. aduhai.......janganlah merajuk pulak, sampai nak biarkan saja blog kumpulan kita. Tahniah kerana dah mula berkuliah dan memberi kuliah. As for me, masih ada tugasan besar yang belum selesai.... so hasrat nak sambung belajar disimpan dulu. Be prepared for your interview. TQ

Asiyah,
Bukannya merajuk.... saya dah pun memberi password kepada beberapa orang lain yang boleh update blog kumpulan kita tu jika mereka mahu. Jika Aisyah sendiri mahu update, tak menjadi masalah dan boleh mendapatkan password daripada saya juga. Cuma sekarang ni saya ada komitmen lain iaitu belajar yang memerlukan saya memberi tumpuan kepada perkara tersebut. Sebelum ini saya mempunyai kelapangan untuk menguruskannya. Bukanlah bermakna nak mengabaikan terus tetapi saya akan uruskan jika ada kelapangan dan kesempatan.
Usah risau kerana blog saya ada untuk mendapatkan maklumat2 tertentu.
TK.