Oleh kerana kuliah dibatalkan pada hari ini di atas keprihatinan pihak universiti maka aku menjalankan tugas2 seperti biasa kerana hari ini merupakan sekolah ganti. Langkah pertama aku pergi ke sekolah terlebih dahulu dengan tujuan membuat pemeriksaan mengejut kerana guru2 aku tahu aku ada kuliah pada hari ini dan pastinya menyangka aku tiada di sekolah. Aku dapat memerhatikan beberapa orang guru yang lewat dan ini aku masukkan dalam catatan aku supaya senang aku memberi nasihat. Ada juga seorang dua guru yang tidak datang dan yang pasti dia akan memberi alasan ada kuliah pada minggu ini.
Setelah itu aku terus ke SK Bandar Tasik Kesuma kerana menghadiri majlis perasmian Program Permuafakatan peringkat negeri Selangor yang dirasmikan oleh Pengarah JPN Selangor. Majlis agak meriah kerana kehadiran ramai orang dan pihak yang terlibat. Majlis seumpama ini jika tidak hadir memberi impak kerana memang tabiat PPD Hulu Langat akan mencatat setiap kehadiran pengetua/guru besar dan jika tidak hadir maka akan diumumkan dalam mesyuarat2 tertentu berikutnya.
Konsep permuafakatan ini memang telah lama berlaku. Jika dilihat dari segi sejarah dahulu permuafakatan yang erat berlaku ialah di sekolah2 di luar bandar dan pendalaman. Ini berbeza dengan sekolah di bandar. Kelompangan inilah yang memaksa program2 khas seumpama ini dilakukan kerana kurangnya keterlibatan pihak luar dengan sekolah. Ia adalah satu konsep yang baik dan jika dilihat di negara barat dan timur, ia merupakan faktor utama kerana masyarakat dan komunitilah yang menggerakkan sekolah tersebut. TK.
Trip ke Da Nang, Vietnam
7 months ago
0 komen:
Post a Comment