Hari ini adalah hari pertama dalam sejarah hidup aku apabila melanjutkan pelajaran sekali lagi. Bermula dengan seawal pagi apabila aku mula bertolak pada jam 6.40 pagi serta terpaksa memecutkan kenderaan kerana dah agak terlewat tetapi aku dapat sampai jam 8.00 pagi di UPSI. Perjalanan sesi pendaftaran berjalan lancar cuma tempoh masa yang diperlukan untuk selesai adalah sehingga jam 6.00 petang apabila waktu itu baru aku boleh bertolak pulang.
Perkara yang aku elak2kan selama ini terpaksa aku pikul apabila Ketua Jabatan Pengurusan Pendidikan (Dr. Khuan) melantik aku secara autokrasi selaku Penghulu kerana katanya hanya aku yang dia kenal dalam kumpulan itu. Namun aku terima dengan relanya dan ini bermakna beban tugas aku semakin bertambah.
Dekan ada juga bertanya sesiapa yang kembali semula ke UPSI (Alumni) dan dia kata kenapa tak cari universiti lain. Aku kurang pasti sebab apa dia berkata sedemikian. Tapi yang pasti dia kata ada muka2 yang familiar dalam dewan kuliah tadi.
Serentak dengan itu aku telah terjumpa dengan Saudara Ab Razak Manaf (Pensyarah IAB) bersama2 sewaktu mendaftar. Rupanya saudara Razak mendaftar bagi meneruskan pengajian PhD nya. So, sempatlah bersembang lama dengannya.
Aku terpaksa mengambil 3 kursus bagi semester 1 ini iaitu Kaedah Asas Dalam Penyelidikan (Dr. Nik Kamal/Prof Dr Jumaat)), Kepimpinan Pendidikan (Hj Nazirmudin) dan Pengurusan Kualiti Dalam Organisasi (Dr Abdul Raheem)yang melibatkan 10 jam kredit. Aku bernasib baik kerana jumlah kredit keseluruhan yang perlu diambil hanya 36 jam dan kumpulan aku merupakan kumpulan terakhir kerana intake seterusnya nanti terpaksa melengkapkan 42 jam kredit seperti yang baru diluluskan oleh MQA.
Aku letakkan beberapa keping gambar yang mungkin ada rakan2 seperjuangan yang ingin melihatnya.
Pintu Masuk UPSI
Sewaktu sesi taklimat oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) iaitu Prof Datuk Dr Zakaria Kasa.
Trip ke Da Nang, Vietnam
7 months ago
8 komen:
terkenang aku semasa belajar disana, teruskan faris...kau memang selayaknya dipanggil dr faris bukan cikgu faris...2015 aku harap aku nak panggil kau dr faris....tahniah bang, aku bangga dgn kau
KK,
Kalau dah terkenang tu, cepat2lah teruskan usaha untuk menyambung pengajian tu. Nanti semasa orientasi bolehlah aku suruh kau macam2. He he he....
Berat juga hasrat kau tu nak panggil aku dengan panggilan Dr tu. Setakat ini aku masih belum membayangkannya lagi kerana objektif utama setakat ini ialah menamatkan dulu pengajian master ni. Kau doakanlah aku supaya tamat pengajian ini dahulu. Lepas tu barulah boleh difikirkan seterusnya.
tahniah faris n mahani. sangat nostalgia bila tgk gbr2 dlm entri tu. nak sambung lg rasanya taklah. tp ijazah kita tu ada tempoh laku ke? kot2 ada member yg teringin nak sbg bila tgk gbr2 tu?
terkenang saat2 manis di upsi....
Pirzan
TK. Kalau nak sambung lagi mesti ikut keupayaan diri. Kalau rasa dah tak larat, cukup apa yang telah dicapai.
YBS,
Saat manis apa semasa kau di UPSI tu??? Kalau nak kecapi lagi saat manis tu, kena cepat2 sambung lagi.
Setakat ini aku rasa cukup la saat manis aku tu, tak perlu nak dikecapi lagi, bimbang kena kencing manis nanti.... hehehe
untung cikgu faris cuma 36 kredit. UTM 40 Kredit. Kepimpinan pendidikan saya dah ambik sem lepas. Kaedah penyelidikan sem nilah,julai..baru register. Pengurusan Kualiti belum agi..
Yalah Rosnah kerana kredit hours nya kurang. Alhamdulillah. Kepimpinan Pendidikan saya akan diajar oleh pensyarah yang sama sewaktu first degree dulu dan pastinya contentnya hampir sama kerana bahan2nya masih saya simpan lagi. Ianya kursus bidang. Kaedah penyelidikan adalah kursus wajib universiti manakala pengurusan kualiti adalah elektif (hanya ini saja kursus elektif). So, kalau ada bahan bolehlah sharing. TQ.
Post a Comment