Monday, June 22, 2009

Soalan Bocor Temuduga

Salam,
Berdasarkan beberapa persoalan dan maklumat dari mereka yang ditemuduga, soalan2 yang dijangka kerap ditanya adalah tentang isu semasa negara dan pendidikan. Soalan2 juga menjurus kepada pandangan dan pendapat kita selaku pentadbir dalam menangani isu2 semasa pengurusan.
Soalan2 seperti apa itu FPK, PIPP dan perkara2 lama tidak lagi relevan dan soalan2 sebegitu ditanya kepada guru2 kita sahaja atau guru2 yang baru memasuki profesion keguruan.
Konsep temuduga juga adalah santai dan tidak membebankan. Ia sekadar proses formal yang mesti dilalui. So, rakan2 janganlah merasa tertekan yang amat sangat. TK.

6 komen:

wokey ler kalau mcm tu faris... tak ler tension sgt!

Ya Cop. Jangan tension sangat. Kalau kau nak soalan sebenar, kena datang ke Kajang lagi. Boleh bincang rahsia besar... he he he....

bole3....hehe, nt lepas balik dr Jitra aku singgah Cheras krn aku nak ke Nilai, jemaah Tabliq ada buat istimak (perhimpuan) di Masjid Kuarters KLIA, ada kesempatan aku jumpa la kau utk bincang rahsia besar tu, ha ha ha....

Boleh Cop. Tapi kau kena ingat, petang Jumaat dan Sabtu aku berada di Tanjung Malim. Di rumah no 2... ops... rumah kedua... ops.... tempat belajarlah.. he he he...
Hari lain tu, ok.

Tahniah Faris kerana sahut cabaran belajar sepanjang hayat. Mungkin mode kuliah hujung minggu lebih mudah berbanding mode Fully Thesis seperti yang saya ambil, kerana saya perlu disiplin yang tinggi untuk menghadapinya, jika tidak buang masa dan RM je. Terima Kasih kerana telah berkongsi maklumat mengenai temuduga. Jika ada lagi tolong sampaikan juga.

Terima kasih Ayahku. Tujuan ambil Mod A ni memang supaya tamat. Kalau ambil Mod C, disiplin diri tak kuat, nanti terus hanyut aje dan tesis pun tak siap2.

Baru2 ni kawan saya (salah seorang GB di Kajang juga) telah attend interview dan panelnya ialah Pengerusi SPP sendiri (Dato Khusaini). Soalan yang ditanya ialah tentang program j-Qaf (dia minta pandangan) sambil berbual2 kosong. Tak ada fakta pun yang ditanya. Selama 30 minit tu, macam berbual dengan kawan2 aje caranya. So, kalau kita dalam kumpulan GB ni tak usah bimbang dan risau sangat.
TK.