Aku baru saja balik dari KLIA. Adik ipar dan biras aku yang dijadualkan tiba tengah hari telah tergendala. Akhirnya kapalterbang mendarat pukul 10.40 malam setelah beberapa kali delayed. Lantas apabila sampai ke rumah, sempat juga menjengah blog sekejap. Aku rasa aku perlu tidur awal bagi membolehkan aku bangun awal untuk bertolak ke Tanjung Malim pada waktu subuh nanti. Tetapi mata ini agak susah dilelapkan apabila melangkau jam 12 tengah malam masih tidak tidur.
Apa yang aku harapkan agar aku dapat memulakan perjalanan pagi nanti seawal mungkin. Dan yang penting agar segala urusan aku pagi nanti berjalan lancar kerana apabila melihatkan jadual memang agak padat. Setelah selesai pendaftaran dijangka jam 11.30 pagi akan diadakan bacaan ikrar dan sebagainya. Selepas makan tengah hari diadakan pula sesi taklimat dan sesi bersama TNC dan dekan. Selepas jam 4.30 petang akan dipaksa mendaftar kursus bagi semester ini secara online. Mungkin aku akan sampai kembali ke rumah pada sebelah malam.
Pastinya hari ini merupakan hari yang memenatkan.
Trip ke Da Nang, Vietnam
7 months ago
2 komen:
selamat berjuang.. Nanti tgok mungkin subjek kita belajar ada persamaannya. apapun semangat dan bersemangat.
Terima kasih Rosnah. Semester 1 ni kena ambil 3 kursus iaitu Kaedah Asas Penyelidikan, Kepimpinan Pendidikan dan Pengurusan Kualiti Dalam Organisasi.
Ada yang sama ke? Kalau ada yang sama dan ada bahan2nya, boleh dikongsi. TK.
Post a Comment