Hari ini terasa begitu penat dan lenguh mulut kerana menyampaikan kuliah selama 4 jam mulai 8.30 pagi hingga 1.00 petang. Ditambah pula dengan berdiri selama 4 jam juga dan keadaan bilik kuliah yang tidak berpenghawa dingin betul2 menyebabkan keletihan. Lenguh pula apabila dah lama tak bercakap banyak. Bila dah bercakap, banyak pula nak dicakapkan sehingga tak cukup masa untuk menyampaikan content.
Agaknya aku bukan dilahirkan untuk menjadi pensyarah. Bila sesekali begini agak menyeronokkan tetapi aku rasa jika ini merupakan kerja rutin aku, minat aku tak ada untuk sentiasa berceramah.
Selasa depan sekali lagi aku akan berceramah dan aku harap aku dapat menyampaikan ilmu yang ada sebaik mungkin kerana mereka inilah yang akan berada dalam sistem perkhidmatan awam sebagai guru sehingga umur persaraan 58 tahun. Aku perlu berperanan sebaik mungkin agar insan yang lahir sebagai guru ini adalah insan guru yang seimbang. Itu adalah salah satu tajuk yang aku sampaikan pada hari ini dan salah satu tajuk lagi ialah kecerdasan EQ, kecekapan personal dan motivasi.
Terima kasih.
Trip ke Da Nang, Vietnam
7 months ago
11 komen:
bagus ler faris kalau kau ada kesedaran yg mcm itu... tp kalau nak bersyarah tu bersyarah ler betul2, jgn nakal2 tau...hehehe
Cop,
Aku ni orang baik2. Tak nakalnya. Niat tu dah dibetulkan. Sekarang ni kau pula yang nakal. He he he...
hmmmm....sibuknyer kau.nampak gayanya tak sempatlah kau nak datang mancing kat kolam udang aku.....
Min,
Udang di kolam kau tu besar2 tak? Kalau tak besar, tak seronoklah sebab tak boleh buat lauk makan nasi. Ha ha ha... Kau buatlah pertandingan memancing udang nnti, baru boleh aku masuk. Kau masih di UKM atau di sekolah sekarang?
faris
teruskan...kau ada bakat...manalah tau melekat kau jadi pensyarah..dah bagus, kau jangan dengar sangat siusop sipan tu..dia pantang ada peluang...kerja nak belasah jer... sukimin
semoga kolam udang kau makin laris
usop
kau memang labu
Assalamualaikum.wrth.wb.
Tahniah Faris kau memang ada aura..mudah2an akan terlaksana harapan kau tu dan didoakan apa yg disampaikan akan dimanafaatkan oleh calon2 guru berkenaan. Sukimin kau pun hebat betul...ada kolam udang pulak. Setuju kata Faris tu buatlan pertandingan memancing udang kat kolam kau tu. Tentu kawan2 boleh datang......Yusof Rompin apa khabar sek kat pulau kau tentu teruja di sana ye....tk. Wslm
elo KK, aku saja beri ingatan pun kau kata aku nak belasah ker???
KK
kau memang labi!
Eh, Labu dan Labi dah melarat dalam blog aku pulak. Nak gaduh gi main jauh2. Aku lesing kang!!!! He he he...
labu
kau suka menyampuk macam burung jampuk, mata beso dan kepala dia boleh pusing keliling, maaflah faris, aku nak tanya...ama tu sapa ris..anyway terima kasih ama.
faris
kau pun tau , kehadiran labu dan labi akan melonjatkan rating blog kau..kau jangan bimbang...blog mlh melonjak tinggi dengan cerita labu dan labi faris..hehehehe gurau gurau jer
labu
kau memang labu...melabu'h'kan labu kau jer labu...
Sof,
AMA tu Aziz Md Ali, mantan penghulu kumpulan B.
Salam....alahaai tn GB pulau. Jgnlaa cepat nor pulak tekejut... Saya memang rajin baca kalian blog tp tak minat sgt nak masuk....takut nanti bila dah berceloteh tu...ada pulak insan2 yg terluka. Almaklum ajelah kita ni nak cari pahala memang hebat & banyak cabarannya tp jika nak dpt dosa amatlah mudah.....Saya jugak berminat mengetahui prkembangan kekawan kita......cumanya nak berinteraksi tu ikut keadaanlah....
Haa amacam Faris study master kau tu dgn Mahani....dah start ke. Apa pun selamat meneruskan alam pengajian yang memang maha mencabar. Di sek saya ni beberapa org guru sdg buat sarjana di bbrapa IPTA dan seorang ustazah masih single buat Phd di bwh seliaan Dr Mohd Noor di UPSI
(Pengurusan Kurikulum katanya....)Kirim salam kat Mahani kuatkan semangat dan tabah selalu ye...tk.
Post a Comment