KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

SELAMAT MELAWATI BLOG. SILA KEMUKAKAN KOMEN DAN KRITIKAN YANG DAPAT MEMBANTU. TERIMA KASIH.

Thursday, December 30, 2010

Horey!!! 31 Disember 2010 - Cuti Umum

Alhamdulillah kerana walaupun gagal bercuti tetapi dapat pula cuti umum. Inilah peluang untuk berehat. Terima kasih kepada PM dan juga kepada pemain bola sepak Malaysia yang menyebabkan cuti diperoleh.Selamat Bercuti semua...... Ke mana destinasi ya...

Saturday, December 25, 2010

Gagal Untuk Bercuti

Rancangan adalah untuk bercuti di hujung tahun begini tapi apakan daya semakin bertambah-tambah beban tugas dan kerja yang perlu dibereskan. Sepanjang cuti persekolahan ini aku tidak berkesempatan untuk bercuti. Nampaknya banyaklah cuti yang terpaksa aku bawa ke tahun hadapan. Walau apapun aku akan mencuba lagi untuk bercuti pada minggu depan jika berkesempatan.Penat juga menyelesaikan segala tugas dan kerja di penghujung tahun ini. Tambahan untuk menyelesaikan peruntukan2 yang diperoleh di saat2 akhir. Prosedur perlu dipatuhi. Kepada rakan2 yang bercuti, selamat bercuti diucapk...

Tuesday, December 14, 2010

Semester Akhir atau .......................????

Bermulalah kembali sesi seterusnya bagi diri aku. Jika mengikut jadual pembelajaran, ini merupakan semester terakhir. Adakah ia merupakan semester terakhir??? Aku mesti usahakan supaya ia memang menjadi semester terakhir tapi....... jika ada aral, aku tidak mampu menolaknya. Berdasarkan progres semasa, aku terpaksa bergerak laju sekarang sepantas Porsche atau F1. Itu adalah usaha dan tekad yang mesti ditanam dalam diri. Alamak???? Proposal masih tertangguh lagi. Bangun dan bangun dari tidur!!!!Jumaat ini bermulalah ia.................................

Tuesday, December 7, 2010

Semoga Allah Mencucuri Rahmat Kepada Arwah Bapaku

ALFATIHAH!Ini merupakan gambar terakhir bersama arwah ayahku sewaktu hari raya Aidil Fitri yang baru lalu. Arwah ayahku telah kembali ke rahmatullah pada 2 Disember 2010 jam 6.15 petang akibat kegagalan organ berfungsi disebabkan kuman telah memasuki ke dalam saluran darah yang berpunca daripada penyakit kencing manis.Alhamdulillah segala urusan arwah sebaik sahaja meninggal dunia berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan dan halangan. Bermula dengan kematiannya, memandi dan mengkafankan jenazahnya, membawa pulang dari Hospital Serdang ke kampung, mengebumikannya dan sehingga tamat kenduri dan tahlil arwah selama 3 hari.Selaku anak sulong...

Thursday, November 11, 2010

November Yang Sibuk

Bulan November merupakan bulan yang agak sibuk. Bermula dengan kursus di IAB, majlis makan malam di PD pada 12 dan 13 Nov, ke Ranau, Sabah pada 14 hingga 16 Nov, Persaraan Pengarah pada 19 Nov, Raya Haji, ke Pendang, Kedah pada 20 dan 21 Nov, mesyuarat takwim di Seremban pada 23 hingga 25 Nov dan mesyuarat SKU/SKT di Kuantan pada 30 hingga 2 Dis begitu memenatkan. Apa yang menjadi kerisauan ialah proposal tesis aku yang masih belum dihantar untuk kelulusan penyelia. Jika ini lewat, bermakna aku tak akan dapat menjalankan soal selidik apabila sesi persekolahan 2011. Semuanya terpaksa aku selaraskan dan pastikan aku akan dapat menamatkan pembelajaran aku mengikut tempoh masa yang ditetapkan. Jikalau tidak, aku terpaksa tangguh satu semester lagi.Siapalah yang boleh bantu aku ni......... he he...

Saturday, October 30, 2010

KPPM Baru Bakal Menerajui KPM

Kepimpinan Kementerian Pelajaran Malaysia bakal berubah. Era transformasi pasti berlaku ataupun tetap seperti sedia ada. Dalam mengharungi arus perubahan transformasi pendidikan yang telah diuar-uarkan, pastinya warga pendidik menanti satu perkembangan kepimpinan baru dari ketua yang baru. Kotter telah menggariskan 8 langkah model perubahan kepimpinan seperti dibawah :Kotter's 8-Step Change ModelStep One:Create UrgencyStep Two:Form a Powerful CoalitionStep Three:Create a Vision for ChangeStep Four:Communicate the VisionStep Five:Remove ObstaclesStep Six:Create Short-term WinsStep Seven:Build on the ChangeStep Eight:Anchor the Changes in Corporate CultureAdakah kita akan disajikan dengan perubahan? Sama-samalah kita nantikan...

Saturday, October 23, 2010

Benarkah Buah Durian Belanda Ubat Kanser??

Saya ingin memetik satu artikel yang saya peroleh dari blog Apa Yang Tersirat yang telah memberi diskusi tentang kelebihan buah durian belanda dalam merawat kanser. Ia adalah satu penemuan yang menarik dan tidak pernah kita ketahui. Oleh itu saya pinjam artikel dari blog Apa Yang Tersirat dengan memohon izin dari penulisnya.Selama ini kita tahu bahwa kanser hanya dapat diubati dengan terapi kemo. Namun persepsi ini perlu dibuang sejauh-jauh. Kenapa? Kerana sebenarnya ada ubat alami untuk membunuh sel kanser yang kekuatannya SEPULUH RIBU KALI LIPAT lebih ampuh dibanding terapi kemo. ubat alami ini adalah buah yang familiar dengan kita (gambar)Kenapa...

Friday, October 22, 2010

Break and Paper Proposal

Cuti setelah menghadapi exam telahpun bermula. Cuti dari bekerja tiada. Cuti semester ini aku terpaksa membuat kertas cadangan kajian dan juga melakukan penulisan dengan harapan aku dapat mengedarkan soal selidik sebaik sahaja sesi persekolahan tahun 2011 bermula. Seterusnya membuat analisis data dan membuat rumusan dapatan. Aku harap dapat melaksanakan dan meyelesaikannya sebelum bulan April 2011. Kalau tak, alamat tak konvo lah aku bulan Oktober nanti.Aturan kerja perlu aku fikirkan dari sekarang supaya segala2nya tidak tergendala. Cabaran paling utama adalah tugas hakiki yang menuntut komitmen tinggi di penghujung tahun bagi menyelesaikan segala2nya untuk menamatkan tahun 20...

Friday, October 15, 2010

Intipati Bajet 2011

Semua jenis telefon bimbit dikecualikan cukai jualanRM576 juta dalam bentuk biasiswa untuk guru yang ingin melanjutkan pengajianPeruntukan RM213 juta untuk ganjaran kepada sekolah berprestasi tinggi serta imbuhan pengetua, ...guru besar, guru cemerlangProgram rebat bayaran elektrik bil elektrik bagi penggunaan bawah RM20 diteruskan, libatkan peruntukan RM150 jutaSkim Rumah Pertamaku untuk golongan muda yang baru bekerja, tawar jaminan kerajaan untuk bayaran pendahuluanKadar tol 4 lebuhraya milik PLUS tidak akan dinaikkan bagi tempoh 5 tahun akan datang bermula serta mertaA new landmark, Warisan Merdeka, expected to be completed in 2020, will include a 100-storey tower, tallest in M'sia.Penjawat awam wanita diberi fleksibiliti tentukan sendiri tempoh cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi...

Tuesday, October 5, 2010

Exam Fever

Minggu exam dah hampir tiba. Walaupun dah berusia, demam peperiksaan tidak dapat dielakkan. Dah jadi lumrah agaknya dalam diri setiap orang yang sentiasa merasa gusar dan tertekan apabila tiba masa menghadapi peperiksaan. Diharap ianya memberi ketenangan kepada diri aku untuk menempuhin...

Friday, September 24, 2010

Enam (6) Golongan Wanita Yang Dielakkan Dari Berkahwin Dengannya

Assalamualaikum..Syarat² utama Wanita yang ingin dijadikan ISTERI adalah cari yang BERAGAMA, dan yang BERAKHLAK.Dan jangan berkahwin dengan 6 golongan Wanita ini:-1. Wanita Al-Ananah:* Wanita yang banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau berpura-pura sakit. Yang banyak komplen (bagi benda x pernah cukup) 2. Wanita Al-Mananah: * Wanita yang suka mengungkit-ngungkit terhadap suaminya. Wanita ini sering menyatakan seperti; “Aku membuat itu keranamu” “Baju U tu I beli tau!” “Moto yg U naik tu I beli tau"* Jangan kahwin dengan wanita seperti ini kerana nanti dia akan ungkit.3. Wanita Al-Hunanah: * Wanita yang teringin kepada orang lain. “waktu bertunang dia dok tgk lelaki lain, yg mcm ni jgn kahwin, cancel”* Wanita yang menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya...

Tuesday, September 21, 2010

Dalam Kesibukan, Dah nak habis semester ini

Semester ini merupakan semester yang agak kalut dan kelam kabut bagi diri aku. Perubahan tempat bertugas sedikit sebanyak mengganggu iklim pembelajaran. Pendek kata tangan tak tercapai dengan kepelbagaian. Apa yang aku harapkan ialah dapat menamatkannya dengan jaya. Jika semester ini berjaya ditamatkan, itu bermakna hanya tinggal satu semester sahaja lagi yang akan bermula Disember ini hingga April 2011. Itupun jika tidak ada sambungan semester talian hayat kerana sedikit sebanyak bergantung kepada masalah teknikal melibatkan perkhidmatan.Biasalah... apabila nak berakhir semester, pasti sibuk dengan menyiapkan segala tugasan yang telah diberi. Baik tugasan yang diberi awal ataupun akhir, di saat akhir juga disapkan. Ha ha ha ... Aku turut berjuang dengan anak2 yang menuntut di IPTA juga yang...

Wednesday, September 15, 2010

Kenangan AIdil Fitri

Aidil Fitri dahpun dihadapi. Kegembiraan dan keriuhan datang dengan perginya kerahmatan. Semoga Aidil Fitri di tahun mendatang akan dapat disambut lagi dengan keizinan Allah s.w...

Saturday, September 4, 2010

Salam Aidil Fitri

Salam,Saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Salam Aidil Fitri buat semua kenalan di blog. Semoga kehadiran Aidil Fitri akan memberi kebahagiaan. Maaf Zahir dan Batin sekiranya ada salah dan silap selama bersama dalam berceloteh dan berbual.Terima kas...

Thursday, August 26, 2010

Selamat Menghayati Nuzul Quran

Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE MicrosoftInternetExplorer4 /* Style Definitions */ table.MsoNormalTable {mso-style-name:"Table Normal"; mso-tstyle-rowband-size:0; mso-tstyle-colband-size:0; mso-style-noshow:yes; mso-style-priority:99;...

Sunday, August 15, 2010

Apakah Petandanya?

Sewaktu perjalanan pulang dari Tanjung Malim, aku terkandas di Batang Kali. Alhamdulillah tidak di tengah2 hutan ataupun lebuhraya. Itulah agaknya nasib baik di bulan Ramadhan ini. Sebaik sahaja tiba di trafik light Batang Kali, temperature kereta aku melonjak kepada maksimum. Aku dah syak mesti masalah tangki air. Kebetulan di simpang tiga Batang Kali terdapat bengkel dan aku terus membelok ke arah bengkel tersebut. Jam dahpun menunjukkan pukul 3 petang.Bila di check oleh mekanik, memang sah tangki air aku punya problem. So, terpaksalah aku tersadai di bengkel tersebut sehingga jam 6.30 petang baru aku boleh bergerak. Dah terlanjur masuk wad,...

Thursday, August 5, 2010

Selamat Menyambut Kedatangan Ramadhan Al-Mubarak

Salam kepada rakan2 sekalian,Alhamdulillah kerana pada tahun ini kita dipanjangkan usia dan diberi kesihatan yang baik untuk menyambut kehadiran bulan Ramadhan dengan azam dan iltizam untuk meningkatkan amalan dan mengumpul pahala demi keberkatan Allah s.w.t.Kesempatan ini saya mengucapkan Selamat Menyambut Kehadiran Ramadhan Al-Mubar...

Sunday, July 25, 2010

Ruang Kerja Baru Aku

Salam rakan2,Agak lama aku tak melakukan pengemaskinian blog aku ni disebabkan beban tugas yang bertali arus. Hari ini aku mengambil kesempatan untuk melakukan pengemaskinian dengan tajuk ini. Inilah ruang kerja aku yang baru setelah hampir dua bulan berada di sini. Nampak bersih, kemas dan ceria, tetapi mungkin ia akan berbeza setelah genap setahun atau bertahun2 nanti.Inilah pintu masuk ke bilik aku yang masih tidak mempunyai tanda nama lagi.Inilah meja kerja aku dan dah boleh lihat kertas2 bertaburan di atas meja. Oleh kerana aku menggunakan petang Jumaat sebagai ruang untuk aku menghadiri kuliah, sewajarnya aku melakukan kerja2 pada hari...

Thursday, July 15, 2010

Masa!? Kesukaran membahagikan masa.

Aku mula terasa bahawa waktu selama 24 jam tidak mencukupi kerana banyak perkara tidak sempat untuk aku lakukan. Antara tugas, belajar dan rehat merupakan sesuatu yang teratur kini dalam hidup seharian aku sehingga aku gagal menyiapkan tugasan untuk dihantar esok dan terpaksalah minta tangguh dengan pensyarah terlibat.Disamping itu, aku terpaksa menghadapi date line untuk menyiapkan kerja yang perlu dihantar minggu depan (21 Julai 2010 dalam bengkel yang diadakan) dan ini bermakna rancangan aku untuk ke Sarawak tak dapat dilaksanakan. Adakah aku efisien sekarang? Atau aku gagal mengurus masa dengan sebaik mungkin? Apa yang pasti, aku terpaksa menanggung kerja yang tidak disempurnakan oleh orang terdahulu.Kesempatan yang sekelumit ini aku ambil bagi melakukan updating blog aku ni. Terima ...

Saturday, July 3, 2010

Musim Bola Sepak Piala Dunia Dah Nak Sampai Ke Puncak

Musim bola sepak Piala Dunia 2010 dah nak hampir sampai ke puncak. Pasukan2 yang bertanding telah menunjukkan kehebatannya. Beberapa pasukan pilihan dah ada yang tewas. Pasukan2 yang menonjol telah menunjukkan kewibawaannya. Baik dimana jua, siapa saja dan pada bila2 masa semua orang membicarakannya.Aku tidak terkecuali. Sedikit sebanyak telah mengganggu gugat konsentrasi kuliah yang aku hadiri dan melewatkan tugasan yang perlu disiapkan. Oleh kerana kehebatannya hanya datang sekali dalam tempoh 4 tahun, aku tidak ketinggalan untuk menontonnya.Apa yang penting, disinilah kita boleh lihat kepimpinan seseorang jurulatih dalam mengemudi pasukannya. Bagaimana semangat pasukan membantu dalam mencapai kejayaan. Bagaimana pula juga seseorang mengawal emosi dan perasaannya sebagai pemain dan juga...

Thursday, June 24, 2010

Monolog Antara Harapan dan Realiti

Dalam meneruskan kerjaya, kita seringkali akan berhadapan dengan dua perkara yang menjadi tumpuan fikiran. Antara harapan dan realiti. Harapan adalah bagi memenuhi impian baik untuk diri sendiri mahupun untuk orang lain. Sesuatu harapan yang menggunung tinggi memerlukan usaha yang gigih untuk menggapainya. Usaha yang gigih mestilah tanpa mengenal jemu supaya ianya tidak terhenti di pertengahan jalan. Harapan perlu direalisasikan menjadi ia suatu yang realiti. Harapan dalam kerjaya perlu disusun dengan sebaik mungkin supaya ia berada di landasan yang betul kerana silap percaturan akan membawa diri ke arah kekecewaan. Harapan dalam kerjaya memerlukan kita cemerlang dalam kerjaya berserta dengan kenaikan pangkat mahupun gaji. Harapan dalam diri untuk menggapai kepuasan diri menjadikan diri semakin...

Thursday, June 17, 2010

Bermulanya Semester 3

Pejam celik,,,, pejam celik..... dah pun melangkah ke semester 3. Aku cuba gagahi kudrat dan mental untuk melangkah terus tanpa menoleh ke belakang. Kepada rakan seperjuangan, misi dan visi kita dahpun separuh jalan dan akan menamatkan separuh lagi sekiranya tiada talian hayat yang diperlukan. Harap2 tiadalah talian hayat diperlukan. Keputusan semester 2 sedikit sebanyak memberikan aku semangat dan kekuatan untuk berjuang dengan lebih gagah. Kepada rakan2 yang menyahut cabaran, semoga akan melangkah tanpa menoleh ke belakang.Disinilah semangat juang kental diperlukan walaupun kadang kala merasa hampir tewas. Dalam suasana persekitaran kerja yang baru dengan meneruskan pengajian, aku terpaksa menyesuaikan kembali jadual2 kerja dan belajar kerana ia berbeza dengan situasi 2 semester lepas yang...

Monday, June 14, 2010

Sedih Yang Amat

Aku begitu sedih yang amat disebabkan perkara yang tidak diduga telah berlaku. Terasa aku kehilangan sesuatu yang amat berharga kerana apabila aku cuba menyelamatkannya tetapi tak berjaya. Apa yang aku maksudkan adalah hard disk laptop aku yang dimakan virus sedikit demi sedikit sehingga tak boleh berfungsi. Segala data dan maklumat yang aku simpan hilang begitu sahaja. Apa yang paling aku sedih segala nota dan bahan2 master yang baru aku kumpul dua semester yang lalu. Mana aku nak cari??? Proposal awal pun turut hilang, dan aku terpaksa memulakan semuanya dari kosong semula. Ingatkan nak backup tapi disebabkan kesuntukan masa sampai aku tak sempat nak buat backup.Pengajaran kepada semua rakan2, apabila nak melakukan sesuatu tu janganlah tangguh2 kerana akibatnya begitu besar. Ambillah iktibar...

Wednesday, June 9, 2010

Jun Yang Sibuk

Sejak memulakan tugas baru, aku tidak mempunyai kelapangan masa yang banyak.Pertamanya aku terpaksa menelaah segala prosedur baru di tempat kerja baru.Keduanya menyelesaikan segala perkara yang tidak diselesaikan oleh orang terdahulu.Ketiganya banyak mesyuarat2 perlu aku hadiri selaku Ketua Unit.Keempatnya, minggu depan aku dah kena mula out station tapi nasib baik sekitar KL aje.Kelima, aku terpaksa membuat analisis persekitaran bagi mengenal hati budi orang2 baru kerana orang2 lama dah tak jadi masalah kepada aku.Persoalannya, aku punya proposal masih belum siap. Rancangannya nak siapkan sebelum naik sem ni untuk ditunjukkan kepada penyelia. Entah sempat atau tidak, aku kena berusaha. Apa yang penting aku terpaksa menyesuaikan masa baru aku dengan tugas dan belaj...

Sunday, June 6, 2010

Kurang Sihat...... Aaahhh rimasnya

Sejak Jumaat aku kurang sihat disebabkan gangguan selesema. Ia berlarutan sehingga ke hari Ahad. Harap2 aku akan pulih sepenuhnya pada hari esok. Walaupun tak sihat, kerenah anak2 terpaksa dilayan juga apabila mula musim cuti sekolah. Tak selesa untuk berbicara panjang. Nantilah akan aku coretkan catatan terba...

Monday, May 31, 2010

Terima kasih atas segala kerjasama

Hari ini merupakan hari terakhir aku di sekolah. Sewaktu perhimpunan pagi, taklimat akhir bersama guru waktu tengah hari dan sesi perhimpunan petang aku berpeluang memberikan ucapan terakhir dan memberikan perangsang kepada semua subordinat aku untuk terus cemerlang dalam kerjaya dan memajukan sekolah. Hasrat dan harapan aku agar kecemerlangan sekolah dapat diteruskan walaupun aku tiada lagi bersama mereka.Ucapan sewaktu perhimpunan pagi (amanat terakhir kepada murid)Sumbangan cenderamata dari PK Tadbir mewakili semua staf pejabat pentadbiranSumbangan cenderamata dari pihak Badan Kebajikan GuruSedang mengemas segala barang keperluanCenderamata-cenderamata...

Sunday, May 30, 2010

Hujung Minggu di Melaka, Muar & Batu Pahat

MEE BANDUNG MUARHujung minggu ini agak memenatkan kerana aku bergerak jauh. Bermula dengan Jumaat ke Melaka dan bermalam disana, Sabtu ke Muar sehingga petang dan terus ke Batu Pahat serta bermalam di Batu Pahat.Di Melaka adalah dengan tujuan menziarahi kakak ipar, ke Muar untuk menziarahi emak mentua dan kakak ipar di Temiang dan Jalan Sakeh. Di Batu Pahat pula bagi menghadiri rakan isteri yang bernikah dan melangsungkan perkahwinan.Lantas aku mengambil kesempatan untuk menikmati ikan bakar di Pernu, mee bandung Muar di Jalan Abdullah dan beriani gam di Batu Pahat. Nampaknya berat badan dan penyakit aku bertambah. Kata orang sekali sekala apa...

Thursday, May 27, 2010

Selamat Tinggal Ruang Kerjaku

Aku akan meninggalkan title yang aku sandang selama 3 tahun 3 bulan. Kata orang Cina angka 33 adalah angka ong tapi aku tak pasti. Selama memegang title ini, banyak perkara yang aku telah pelajari dalam mengurus sebuah organisasi dan juga sumber manusia. Aku tidak boleh menjadi seorang insan yang sempurna dan juga sebagai ketua yang terbaik tetapi aku telah mencuba sedaya upaya aku mengurus organisasi ini ke arah yang dihasratkan sewaktu aku menjejakkan kaki ke organisasi ini. Alhamdulillah kerana aku rasa aku telah dapat menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi sewaktu memegang title ini dengan sebaik mungkin. Itu adalah penilaian aku...

Tuesday, May 25, 2010

Senamrobik dan Ceramah Kesihatan

Pada hari ini diadakan program senamrobik dan ceramah kesihatan sempena Hari Guru Peringkat Daerah bertempat di PPD. Kemuncak sambutan Hari Guru Peringkat Daerah akan diadakan pada 1 Jun 2010 dan tarikh ini aku dah tak lagi bersama daerah Hulu Langat bagi menyambutnya. Acara minggu terakhir aku di sekolah yang dijalankan oleh PPD akan aku sertai.Persoalannya laratkah lagi untuk bersenamrobik? Nasihat beberapa orang, jika tak larat kena ikut kesesuaian kesihatan diri kerana mungkin akan menyebabkan perkara2 yang tidak diduga. Dalam erti kata lain, walaupun seronok bersenam kenalah beringat sesuai dengan keupayaan diri sendi...

Saturday, May 22, 2010

Bermulalah Angah Di Asasi UIAM

Aku dan Angah (suka sangat stylish dan identiti sendiri)Ibu dan Angah (hasrat dan hajat seorang ibu terhadap anaknya)Detik menunggu selesainya proses pendaftaranSalam,Seharian semalam aku menguruskan pendaftaran masuk Angah ke Asasi UIAM di PJ. Apabila melibatkan ramai orang, proses menunggu merupakan satu penyiksaan dan pembaziran masa berlaku. Apakan daya kerana sebagai manusia kita tidak pernah terfikir untuk mengatasi masalah ini setiap urusan baik pendaftaran dan juga kaunter. Disebabkan masalah menunggu sebenarnya yang menyebabkan rasuah berleluasa. Pernahkah sesiapa di agensi awam memikirkan perkara ini dengan serius?Berbalik kepada Angah,...

Tuesday, May 18, 2010

Hijrah

Mulai hari ini secara rasminya aku telah mendaftar diri di tempat kerja yang baru (tempat kerja lama aku) walaupun kuatkuasa surat tersebut ialah pada 16 Mei 2010. Walau bagaimanapun aku mohon tangguh untuk bertugas sehingga 31 Mei 2010 sehingga semua tugas aku dalam pentadbiran, pengurusan, akademik, kewangan dan tugas2 acara rasmi di peringkat daerah selesai. Kepada rakan2 di peringkat daerah Hulu Langat, terima kasih di atas segala kerjasama dan komitmen sepanjang tempoh masa bersama selama 3 tahun 3 bul...

Friday, May 14, 2010

SELAMAT HARI GURU

Selamat Hari Guru kepada semua warga guru di seluruh negara baik di sekolah kerajaan, swasta, pondok dan semua institusi. Tidak lupa kepada rakan2 yang mengenaliku serta semua guru-guru yang telah mendidikku sehingga menjadi insan yang unik pada masa ki...

Monday, May 10, 2010

Persiapan Anak

Hari minggu sebaik sahaja melawat anak aku yang bongsu di asrama sekolahnya sebelah petang, kami sekeluarga terus ke KL. Destinasi pertama ialah SOGO kerana ada sale. Hasrat dan tujuannya untuk membeli pakaian persiapan anak lelaki yang akan mendaftar di Asasi UIAM, Petaling Jaya pada 21 Mei 2010 ini. Destinasi kedua pula ialah ke Sg Wang Plaza kerana tiada yang memikat hati anak aku di SOGO, tambahan orang punyalah ramai. Remaja sekarang ni susah nak suruh dia pakai pakaian yang formal kerana dia ada citarasa tentang fesyen terkini yang ala2 formal juga. Melayan kerenah anak memang memenatkan bila umur dah meningkat ni. Hampir pukul 8 malam baru selesai dan sempat singgah solat maghrib di Petronas aje. Lepas tu singgah makan di masakan pantai timur iaitu Restoran Nasi Kerabu Kota Bharu....

Saturday, May 1, 2010

Asasi Kejuruteraan dan Sains Komputer

Aku dan anak lelaki aku telah pun membuat semakan keputusan kemasukan ke IPTA. Walaupun sebelum ini dia telah ditawarkan memasuki Matrikulasi Kuala Pilah pada 10 Mei 2010 tetapi sasaran utama dia adalah sains komputer di UIAM. Alhamdulillah kerana dia berjaya juga mendapat tawaran tersebut. Ini bermakna dia akan menjejaki Kak Long dia yang melalui laluan tersebut tetapi bidang yang berbeza. Diharap anak lelaki aku akan memulakan pembelajaran dia semula dengan lebih semangat dan usaha yang lebih gigih kerana dia telah mula melangkah ke satu alam yang baru iaitu alam pengajian tinggi.TAHNIAH kepada Ang...

Sunday, April 25, 2010

Jejak Kasih MPIHK 1984-1986

Together, We Can Do ItAku telahpun memulakan inisiatif untuk menjejaki rakan2 lama sewaktu sama-sama belajar di maktab perguruan dengan hasrat untuk berkumpul semula bagi mengeratkan silaturahim sesama sendiri. Hasrat mengumpul maklumat adalah timbul daripada rakan saya yang bernama Hamdani dan lantas meminta saya mengetuai misi ini.Selepas itu timbul pula rancangan untuk buat reunion dan aku rasa ini adalah langkah kedua dan seterusnya setelah maklumat rakan diperoleh. Medium utama yang digunakan tidak lain dan tidak bukan adalah medium elektronik melalui internet yang merupakan dunia tanpa sempadan dalam era globalisasi. Lantas aku cuba untuk...

Saturday, April 24, 2010

Mendigitalkan Foto Lama

Aku telah mengambil kesempatan untuk mendigitalkan segala gambar lama yang ada dalam simpanan. Proses kerjanya memang merumitkan dan memakan masa yang agak panjang. Walau apapun, proses itu aku laksanakan secara berperingkat2. Kualiti gambar lama semestinya kekuningan. Setelah itu aku akan cuba publishkan di FB supaya dapat memulakan proses menjejak rakan2 lama yang menjadi pengunjung FB.Salah satu gambar lama yang telah didigitalkan....

Thursday, April 22, 2010

Jangan Lupa!!!! 30 April 2010 tarikh akhir isi e-filling (Cukai Pendapatan)

Jika dahulu sewaktu menerima sepucuk surat dari pihak LHDN maka secara tidak langsung ia mengingatkan diri kita tentang tanggungjawab yang perlu ditunaikan selaku warganegara dan penjawat awam. Cara dahulu menyebabkan kita ingat.Tapi sekarang berbeza dengan pelaksanaan e-filling. Ada kala kita terlupa untuk melengkapkannya kerana tiada peringatan seperti dahulu sewaktu menerima borang secara bersurat. Semua borang secara online.Adakah kita sudah melengkapkannya? Adakah kita telah menunaikan tanggungjawab kita? Adakah semua dokumen telah lengkap sewaktu nak mengisi borang secara online? Ingatlah masa hanya tinggal seminggu saja lagi. Jadi, jangan sampai terlupa sehingga menyebabkan kita didenda atas kesilapan diri sendiri.SEKADAR PERINGATAN BERS...

Saturday, April 17, 2010

Horey!!! Aku Merdeka Sementara Waktu

Semalam aku telah menghantar tugasan individu terakhir dan folio ke UPSI iaitu yang terakhir bagi semester ini. Alhamdulillah kerana bebanan di kepala dahpun tiada. So sekarang ni bercuti sakan sementara waktu sebelum sambung kembali pada 13 Jun 2010. Apa perkara yang nak dibuat????Perkara pertama ialah tumpuan sepenuh masa kepada tugas dan tanggungjawab yang sedikit terabai. Segala kerja yang tertunggak akan dilangsaikan seberapa segera.Perkara kedua ialah mencari bahan2 persediaan untuk semester seterusnya.Perkara ketiga dan dot dot dot .... menguruskan anak yang akan memasuki matrikulasi ataupun UPU (masih belum dapat jawapan lagi). Maksudnya urusan keluar...

Tuesday, April 6, 2010

Last Assignment and Last Folio

Tugasan terakhir iaitu menyiapkan penulisan individu dan melengkapkan folio sebelum 22 April 2010. Dah hampir seminggu berlalu tetapi masih dibelenggu dengan kesibukan. Aku terpaksa menyiapkannya secepat mungkin. Buat masa sekarang fokus aku agak lari. Harap2 dapat difokuskan kembali tumpuan aku pada hujung minggu ini bagi menyiapkan segala-galanya bagi menamatkan semester i...

Thursday, April 1, 2010

Mesyuarat JK PIBG

Malam ini lebih kurang pukul 9 malam aku terpaksa menghadiri mesyuarat JK PIBG. Fokus utama mesyuarat malam ini adalah untuk menyelaras pelaksanaan Hari Kantin bagi mengumpul dana bagi membina astaka sekolah. Diharap ianya dapat diadakan dengan jayanya supaya satu lagi projek hasil usaha PIBG dapat disediakan untuk kemudahan murid-murid.Apa yang pasti aku rasa syukur kerana telah berjaya menyiapkan tugasan untuk dihantar pada hari esok. Hanya tinggal nak print-out sahaja lagi dan satu tugasan yang nak touch-up sikit. By tomorrow semua dah boleh settle. Lega rasanya kerana kalau tak mesyuarat JK PIBG malam ini membuatkan jiwa aku tak tenteram. Semuanya menepati date line walaupun terpaksa mengambil cuti rehat bagi menyiapkann...

Tuesday, March 30, 2010

Cuti Rehat Dua Hari

Bila sebut pasal cuti, memang menyeronokkan kerana itulah masa untuk berehat dan meredakan ketegangan. Tetapi tidak bagi diri aku kerana cuti rehat yang diambil bukannya bertujuan untuk berehat tetapi untuk bekerja lebih kuat dan menyiapkan segala yang masih belum siap lagi. Saban tahun, cuti yang aku ambil kebanyakannya adalah untuk menyelesaikan segala tugasan dalam tempoh belajar ini. Istilah cuti dalam kamus perkhidmatan aku buat masa kini adalah masa untuk menyiapkan tugasan yang diberi. Setelah tamat pada pertengahan tahun 2011 nanti, barulah aku rasa selesa dan gembira kerana tiada lagi kongkongan dan kekangan untuk tugasan. Persoalannya adakah aku akan terus menyambungkan lagi pengajian aku setelah tahun 2011 itu???...

Saturday, March 27, 2010

Last Week Class and Exam Fever

Minggu depan merupakan kuliah terakhir bagi semester ini. Dalam tak sedar dahpun dua semester telah aku tamatkan. Maknanya dah separuh perjalanan dan tinggal separuh lagi iaitu dua semester lagi. Harapan aku ialah untuk menamatkannya dengan jaya. Insya-Allah.Dah masuk minggu peperiksaan pulak. Tapi apa yang seronok semester ini ialah tiada exam formal. Dua subjek dinilai melalui kuiz dan tugasan manakala satu subjek lagi exam bawa balik rumah. Walau bagaimanapun demam peperiksaan tu turut terasa juga walaupun take home test. Lagi dua minggu, merdekalah aku bagi semester ini. Cuma nak membereskan 2/3 assignment lagi.Seronoknya dah habis semester ini. ...

Monday, March 22, 2010

Sibuk... Maaf kepada rakan blogger

Salam,Pohon maaf kepada rakan2 yang melawati blog saya. Dalam tempoh beberapa minggu ni adalah tempoh yang kritikal kerana banyak tugasan dan penulisan perlu disiapkan segera kerana penghujung semester ini akan menjelma pada 10 April ini. Inilah bahananya menyiapkan kerja di saat2 akhir kerana kesibukan tugas2 harian.Terima kas...

Wednesday, March 17, 2010

Tangani Stress Anda Dengan Bijak

Stress merupakan lumrah dalam kehidupan dan ianya pasti dihadapi oleh setiap orang. Apa yang baik ialah bagaimana seseorang itu menanganinya supaya tidak berlarutan. Oleh kerana dah lama tidak meletak entri baru dalam blog, ada baiknya aku meletakkan entri baru dan ini juga merupakan satu cara mengelakkan stress. Walau bagaimanapun aku telah memperoleh cara menangani stress ini melalui salah satu entri dalam blog dan aku harap ianya boleh dikongsi bersama.Cara-cara yang boleh dilakukan dan bukannya mesti ialah :Hidroterapi boleh membantu mengurangkan kadar dengutan jantung yang kadang kala boleh menyebabkan stres. Cuba mandi dengan air sejuk bagi mengimbangi metabolisme. Semasa anda mandi, biarkan aliran air mengalir di sebelah kanan tangan. Kemudian, barulah dibasahkan di bahagian belakang...

Saturday, March 13, 2010

Selamat Bercuti

Cuti sekolah muncul lagi tapi kali ini selama 9 hari sahaja. Walaupun sekolah bercuti, namun tugas dan kesibukan tetap melanda. Hari ini sahaja sekolah melaksanakan kursus kepimpinan pelajar bagi semua pengawas dan ketua kelas yang telah dilantik sebagai pemimpin. Serentak dengan itu sekolah juga digunakan sebagai pusat peperiksaan MTest bagi kemasukan ke IPG untuk KPLI.Kepada semua staf dan murid ku, selamat bercuti diucapkan dan semoga semuanya selamat sepanjang percutian dan dapat meneruskan tugas dan persekolahan seperti biasa pada 22 Mac 2010 nanti kerana cabaran demi cabaran sentiasa menan...

Wednesday, March 10, 2010

Koleksi Gambar Sekitar Maulidur Rasul 2010

...

Sunday, March 7, 2010

Maulidur Rasul 2010

Sambutan Maulidur Rasul ini diadakan dengan kerjasama Surau Taman Kajang Utama yang melibatkan beberapa taman perumahan yang berhampiran dan juga sekolah-sekolah yang terdapat dalam taman perumahan seperti SK, SMK dan Sek Agama.Sebahagian guru-guru yang hadirPengerusi JK Rukun TetanggaPermulaan perarakan bermula dari sekolah aku dan berakhir di Surau Taman Kajang Uta...

Pages 381234 »